Dinar Dan Melayu..

4

Category :

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,berjaya jugak akhirnya untuk saya menguatkan semangat untuk menulis kembali blog ni yang dah lama sepi dari sebarang penulisan..

sebelum saya pergi terus pada apa yang saya ingin sampaikan,penulisan kali ini saya tujukan khas pada ahli lecture saya,lecture B,tahun 2 kuliah perubatan iskandariah,mesir..sebab ada sahabat2 yang berkongsi sedikit ilmu dan bertukar2 pendapat tentang dinar dan melayu..saya tidak berkesempatan untuk berkongsi pendapat tentang apa yang kita bincangkan,jadi saya meluahkan pendapat saya dengan menulis blog ini..peringatan ye,saya bukan mahu kondem mana2 pihak,cuma hanya ingin berkongsi pendapat,kalau salah sila tegur..sebab saya budak baru belajar..

PERIHAL DINAR

beberapa hari ni kita ada bincang tentang penggunaan dinar dan dirham di zaman moden ini..alhamdulillah,satu usaha yang bagus bagi membuka mata2 umat islam akhir zaman tentang masalah ekonomi dunia yang sedang melanda kita..

seperti mana yang kita tahu,urusan jual beli menggunakan dinar(emas) dan dirham(perak) telah pun diguna pakai oleh umat islam sejak zaman rasulullah,diikuti zaman pemerintahan khalifah..

akan perkara ini tidak berlaku sekarang..kita tinjau kembali detik2 zaman kejatuhan zaman khalifah terakhir,kerajaan uthmaniyah pada sekitar awal 1900++..

apa yang kita belajar dari silibus buku sejarah spm,perang dunia pertama disebab pembunuhan archduke franz ferdinand dan isterinya di bosnia..(keterangan lanjut klik sini)

dan perang dunia kedua pula disebabkan adolf hitler yang telah melanggar perjanjian perang dunia pertama (klik sini)

ini fakta yang kita pelajari sewaktu sekolah dulu..akan tetapi,sheikh imran hossein mempunya pendapat yang berbeza..(klik sini untuk ke video sheikh imran hossein tentang hal ini)

beliau berpendapat perang dunia pertama adalah untuk menjatuhkan kerajaan bani uthmaniyah,kerana kerajaan bani uthmaniyah yang sangat kuat,puak2 yahudi memerlukan satu kuasa yang besar dan kuat bagi mengalahkan kerajaan turki ini dengan menggunakan kuasa2 besar eropah dan amerika sewaktu itu..

bagi perang dunia ke dua pula bertujuan untuk meng'establishkan'kan negara israel yang mereka rancang selama ratusan tahun dengan merampas tanah suci yang ke 3 umat islam,palestin..

dengan penubuhan israel,mereka sudah mengorak langkah untuk menguasai dunia,mengubah dan mengawal sistem kehidupan manusia,termasuklah dalam urusan ekonomi,bagi memastikan mereka yang dapat menguasai dunia..jadi sistem wang fiat(wang kertas) diperkenalkan..

sepertimana emas dan perak satu logam yang stabil,tidak berkarat,tidak pula terhakis..beratnya tidak akan berubah sampai bila2..di dalam alquran,allah ada sebut tentang kecenderungan manusia terhadap emas dan perak pada surah ali-imran ayat 14.maksudnya :

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia : kesukaan kepada benda yang diingini nafsu,iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak; harta benda yang banyak dan bertimbun-timbun,dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.semuanya itu kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah),pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga) "

nilai emas dinisbahkan pada beratnya,lagi berat,lagi bernilai..oleh kerana berat emas ini tidak dipengaruhi persekitaran,jadi nilainya tak akan berubah..maka inflasi tidak akan berlaku..

tetapi untuk memastikan mereka memegang ekonomi,mereka menggunakan sistem wang fiat,dimana wang ini dinisbahkan atas kestabilan sesuatu negara,dari segi ekonominya,kemajuannya,politiknya..makin stabil negara tersebut makin kaya negara itu..

dengan menggunakan konsep ini,orang yahudi dapat menindas negara2 yang lemah,menjadikan mereka berhutang berjuta2,sehingga dapat menundukkan sesuatu negara dengan kuasa ekonomi yang mereka ada..sistem riba @interest diguna pakai..

kalau saya xsilap,tahun lepas ustaz salman maskuri ada cakap sewaktu madrasah ar-razi,(kalau xsilap saya ustaz salman,takpon ustaz aqli)..kita dilarang menjadikan emas sebagai perhiasan dirumah,perhiasan emas hanya dibenarkan pada perempuan sahaja (perempuan itu sendiri hiasan dunia)..ini kerana kita kene kitarkan duit emas itu supaya boleh sentiasa digunakan dan tidak akan habis..

PERIHAL BANGSA MELAYU

sekali lagi saya ingin menegaskan,ini pendapat saya hasil pembacaan dan ilmu2 yang sedikit yang saya kutip dari orang2 yang alim..jadi kalau saya salah,harap tegur,dan kalau sahabat tak boleh terima,kita berlapang dada..

menurut pendapat peribadi saya,saya tidak bersetuju sangat apabila kita membanggakan sesuatu bangsa itu secara berlebihan..

baik,kita kembali ke buku teks sejarah spm yang kita pelajari dulu..selepas perang dunia ke2 (kalau tak silap),muncul negara2 dunia ketiga yang dipecah2kan dan diperintah (dasar pecah dan perintah) oleh kuasa2 besar dunia.dengan mengasingkan negara2 mengikut konsep,satu bangsa,satu negara..seperti mana berlaku di eropah dan negara2 arab dan afrika..

kalau kita lihat kembali,dulu kerajaan turki uthmaniyah menguasai dari afrika utara,semenanjung arab,iran,iraq dan bnyk lg..

kini,satu negara uthmaniyyah itu dah jadi berpuluh2 negara..seperti mesir,algeria,sudan,iran,iraq..dan sejak itu,negara islam tidak pernah bersatu meskipun ada OIC..sebab apa??mereka lebih mementingkan bangsa sendiri,negara sendiri daripada kepentingan islam..

yahudi bukan sahaja ingin menjatuhkan kerajaan uthmaniyah,tetapi mereka ingin pastikan umat islam tidak dapat bangkit kembali..

ada orang cakap,kita bangsa melayu suatu bangsa yang hebat..ya,kita hebat,tapi dulu..sewaktu kita diambang kemerdekaan kita sangat hebat..sewaktu islam dan melayu dah sebati dalam diri,kita merupakan bangsa yang sangat hebat..bangkit kaum muda,hisbul muslimin,dan pertubuhan2 islam yang lain yang ingin memerdekakan negara dan menjadikan malaysia sebagai negara islam..

perjuangan islam melayu waktu tu sangat hebat,sehingga para penjajah takut,dan mereka hantar wakil2 mereka ke tanah melayu bagi membantutkan pejuang2 islamist ini..antaranya sir henry gurney,yang antara penyumbang pembetukkan nagara israel di palestin,dia dihantar ke tanah melayu untuk jatuhkan kebangkitan islam di tanah melayu..

mereka tidak mahu kejatuhan uthmaniyah,mebngkitkan satu lag kerajaan islam baru di malaysia..dan kini sir henry gurney di labelkan sebgai hero di dalam buku sejarah,dan pejuang2 islam dilabelkan sebagai pengganas..

tapi sahabat sekalian,itu melayu yang dulu..tapi sekarang ni,melayu dah tak sama..kita tengok sendiri di ibu kota,club2 malam dibanjiri pemuda melayu..mat2 rempit,bohsia,bohjan,pelacur,penagih,gangster,kongsi gelap,pengedar dadah,majoriti nya orang melayu..

mana pergi hebatnya bangsa melayu kita ni??ke zaman sekarang ni mereka ni kita labelkan sebagai orang yang hebat??

sahabat pernah dengar kata2 saidinia umar,"mulianya kita kerana islam"..tak kesah la kita melayu ke,cina,india,arab,kalau kita pegang pada islam SEPENUHNYA,kita akan jadi bangsa yang mulia..

kalau orang arab,yang islam,cakap dengan bahasa arab yang merupakan bahasa alquran,tapi tak beramal dengan ajaran islam,saya rasa lebih mulia orang asli amazon,yang beramal dengan ajaran islam SEPENUHNYA..

tak guna kalau kita banggakan bangsa kita yang hebatnya sekarang hanya tinggal di atas kertas..kalau kita nak jadi bangsa yang hebat,islam datang dulu..dan ingat,tidak ada apa yang membezakan antara arab atau bukan arab melainkan taqwa..

hanya islam sahaja yang dapat menyatukan manusia..bukan bangsa,bukan parti politik..

jadi bagi saya,sekarang bukan masa untuk kita fikir semangat kemelayuan,tetapi semangat keislaman..ada orang cakap,di malaysia melayu tu adalah islam,jadi kita kuatkan melayu maka kuatlah islam..

betul,tak salah pun fahaman itu,tapi,ini pendapat saya,saya ulang lagi,ini pendapat saya,harap sama2 dapat berlapang dada..contoh ada orang islam ada 1000 orang..orang melayu ada 800 orang..200 lagi islam bukan melayu..kalau dalam 800 orang melayu,400 memang mengamal kan islam,akan tetapi 400 lagi tidak amalkan islam..kerana,kita pentingkan semangat melayu dan hanya fokuskan pada melayu,tidak hiraukan org bukan melayu meskipun mereka islam,jadi kekuatan islam kita hanya ada pada 400 orang sahaja..

tapi,kalau kita memetingkan islam sebagai utama,kekuatan islam kita ada pada 600 orang islam..

mana lagi banyak??ini realiti..di sbuah kelab malam ada 100 orang pemuda melayu..agak2 sama ke bilangan pemuda melayu di kelab malam tersebut dengan pemuda melayu di masjid??sudah tentu di kelab malam itu lebih ramai..

kesimpulannya,islamlah harus diutamakan,tidak kira bangsa apa pun..kemuliaan kita pada islam,jika hilang islam dari kita,hinalah kita..

diharap kalau kesalahan fakta harap ditegur,percanggahan pendapat harap berlapang dada,kita hormati pandangan2 orang lain,yang mungkin dapat memberi manfaat pada kita..

wallahualam..