Kebelakangan ini kita di landa oleh satu kelombang kebangkitan,gelombang perubahan yang melibatkan hampir seluruh dunia..Dan kebangkitan ini kalau kita teliti balik majoritinya terdiri dari golongan muda.Majoritinya daripada pemuda ini pula adalah daripada golongan2 terpelajar,atau lebih tepat sebagai golongan mahasiswa..
apabila kita bergelar mahasiswa,kita merupakan satu golongan yang sangat istimewa,dan kita akan laluinya sekali sahaja seumur hidup kita..kenapa golongan ini begitu istimewa??
kerana golongan ini telah dikurniakan pelbagai kelebihan..antara yang disifatkan oleh as-shahid imam hassan al-banna adalah :
1. keyakinan
2. ikhlas dalam melakukan sesuatu
3. ada semangat berkobar
4. ada kesediaan yang mendorong ke arah pengorbanan dan terus bertindak menjayakannya..
disamping itu mahasiswa dikurniakan ilmu pengetahuan,tenaga yang kuat,usia yang muda dan pelbagai lagi..Ini semua hadir pada setiap mahasiswa secara serentak..dan kelebihan2 ini tiada pada golongan2 lain,seperti contoh orang usia 30 atau 40 keatas,mereka ada ilmu,tapi semangat dan tenaga mereka tidak seperti mahasiswa..golongan kanak2,mereka mempunyai tenaga yang banyak,tetapi ilmu dan pemikiran mereka tidak matang seperti mahasiswa..
jadi apabila kita memasuki alam mahasiswa,kita berada di satu tempoh,yang segala kelebihan ada pada kita..
Seorang mahasiswa haruslah mempunyai pemikiran yang sentiasa berjalan dan digunakan segala fungsi dengan sebaiknya..ini kerana pada tempoh inilah kita merancang masa hadapan kita,mencari pegangan hidup,dan juga menghidupkan sesebuah masyarakat..
pada waktu ini juga,kita berada dalam satu alam menuntut ilmu..jadi sebagai mahasiswa,kita harus gunakan kesempatan ini sebaiknya,dengan menimba ilmu sebanyak yang kita boleh,dari pelbagai bidang..kerana inilah yang menjadi panduan kita,untuk membentuk satu masa depan yang cerah..
hidup sebagai seorang mahasiswa bukan hanya di medan ilmu sahaja..bukan hanya ulang alik dari rumah ke kuliah,bukan juga hanya mengulangkaji pelajaran 24jam..
mahasiswa sepatutnya tidak menjadi seperti robot,yang hanya diprogramkan untuk mempelajari beberapa jenis ilmu,semata-mata untuk mendapat pekerjaan yang telah ditetapkan..contohnya mahasiswa perubatan,tidak sepatutnya mempelajari ilmu perubatan semata2,begitu juga dengan mahasiswa kejuruteraan,perundangan dan lain-lain..
mereka harus juga menceburi ilmu-ilmu agama,kerana ia menjadi asas bagi seorang individu muslim..ilmu ini juga yang akan membentuk akhlak dan adab seseorang mahasiswa..malahan,ilmu-ilmu ini lebih tinggi dari ilmu yang kita ambil di kampus2 dan di kuliah-kuliah formal..kita tak sepatutnya meletakkan matlamat,menjadi seorang yang hanya berjaya di dunia sahaja,dengan mempunyai gaji yang lumayan,pekerjaan yang selesa,kedudukan yang tinggi..tetapi kita harus letakkan matlamat kita,untuk menjadi seorang yang berjaya,dalam bidang yang diceburi dan juga berjaya di akhirat nanti..
malang sekali,apabila kita perhatikan keadaan majoriti mahasiswa sekarang,membuatkan kita ragu-ragu,ke manakah hala tuju masyarakat kita??
kerana majariti mahasiswa kini telalu leka dengan kenikmatan yang dimiliki..dengan hiburan yang melampau,menghabiskan masa-masa mereka dengan bermain video game,menonton movie,berhibur di pusat-pusat hiburan atau kompleks membeli belah,merempit,pergaulan bebas dan pelbagai lagi yang menyebabkan hilang atau kurangnya jati diri seorang mahasiswa itu..
segala kelebihan yang diberi seolah-olah diabaikan dan tidak digunakan dalam kehidupan mereka..mereka seperti tiada matlamat..konsep mahasiswa pada diri mereka seolah seperti "kuliah,belajar,assignment,exam"..dan meletakkan matlamat "jadi doktor atau engineer atau lawyer dan sebagainya,dan mempunyai keluarga"..hanya itulah yang ada dalam minda mereka..hal-hal agama,hal-hal negara,hal-hal masyarakat hanya sekadar baca di akhbar atau internet,mengambil tahu,tetapi tiada apa-apa tindakan..
ini antara faktor yang menyebabkan lemahnya golongan mahasiswa,terutama di negara kita..
seperti kata pepatah,"untuk melihat masa depan sesuatu negara@bangsa,lihat pada pemudanya"
jika kita lihat pemuda atau mahasiswa sekarang di negara kita,agak-agak macam manakah keadaan bangsa atau negara kita pada masa akan datang??
sepatutnya sebagai mahasiswa,harus ada satu pegangan,satu usaha,satu gerak kerja,untuk memperbaiki masyarakat..pada usia muda ini tidak seharusnya kita hanya menghabiskan masa-masa kita dengan perkara yang melalaikan.akan tetapi seharusnya kita gunakan segala tenaga dan masa kita sebaiknya bukan sekadar untuk pelajaran sahaja,malah digunakan juga untuk bermasyarakat,seperti menggerakkan sesebuah persatuan,untuk membina satu jati diri dan kefahaman..pergerakan kita pula mestilah bermatlamat jauh,yang dapat mengubah keadaan masyarakat dan negara kita,untuk kepentingan generasi akan datang..
cabaran hidup sebagai seorang mahasiswa bukanlah satu perkara biasa,bahkan ia menjadi lumrah dalam hidup ini..kegagalan didalam peperiksaan,hilangnya semangat untuk berpersatuan dan sebagainya,tidak dapat lari dari diri seorang mahasiswa..tetapi,kita tidak seharusnya menjadikan ia alasan untuk kita terus berdiam diri,tidak melakukan apa-apa perubahan..sepatutnya kita berusaha,untuk mengubah kegagalan itu kepada satu kejayaan..kegagalan itu juga mengajar kita apa itu kehidupan..
jadi,seorang mahasiswa,tidak seharusnya hanya duduk atas kerusi study,mengulangkaji pelajaran,kerana itu bukanlah matlamat yang sebenar kita diciptakan..seorang mahasiswa harus bergerak dalam satu jemaah,menimba segala jenis ilmu yang berfaedah,mencurahkan segala pemikiran dan tenaga dalam berbakti kepada agama dan masyarakat..
semoga generasi mahasiswa kini,dapat membawa satu gelombang perubahan kearah kebaikan di negara kita,dan semoga kita tergolong dalam golongan mahasiswa itu,dan semoga sultan Muhammad al-Fateh dan Sultan Salehuddin al-Ayubi moden lahir dikalangan kita..insyaAllah
Food fraud is a growing economic and health issue
4 bulan yang lalu