Ujian Di Pagi Hari..Rezeki Di Petang Hari..

0

Category :



Assalamualaikum..

Jam menunjukkan pukul 2.33am (waktu mesir)..alhamdulillah aku selamat sampai di bumi iskandariah ni setelah seharian suntuk aku merantau di kaherah (@name manjenye cairo)..

walaupun sehari,tapi macam2 pengalaman aku dapat..bermula jam 9pg aku bertolak seorang diri (setelah puas aku kejut membe tp xbangun)..

setelah 3 jam perjalanan,alhamdulillah aku sampai di kaherah,aku berhenti berdekatan dengan hayul 'asyir(ntah betul ke x ejaan dy)..

dah smpai,kwn aku call minta aku pergi ke city star..aku pun tahan teksi,n trus ke city star..asalnye aku igt dekat..dah lame aku dalam teksi tu,dalam fikiran aku tertanya,mana pakcik ni nak bwk aku,nak colek aku k??tidaakk,lame btui nak p city star ni..

dah 20min,baru aku sampai..dengan trafic sesaknye..fening3~..pastu aku bagi la 6genih kat pemandu tu,pastu dy gelak ckp mane ckup..aik?aku tnye nak bpe??dy ckp 20 genih!!aaahh~~tidaakk~~20genih aku melayang mcm tu je..sedih!!

aku lihat jam,pkul 1tgh hari,ermm mcm xdan je nak jalan dgn kwn2 aku..so aku call diorang n bagitau aku terpakse ke rumah kedah sebab takut pejabat tutup..

aku tahan teksi,ckp nak tempat ruamh negeri tu (lupe dah nme dy)..tu pon jauh jgak..memule aku minx 15genih,dy ckp xleh2,dy nak 20genih..aku pon nak cpat,naik je..pastu smpai2 dy minx 30genih!!!!

tidaaakk~!!puas aku gaduh dgn dy..tapi dy wat muke kesian..aku pon xsmpai hati tgk muke dy sbb gaya mcm orang susah..pastu dy ckp tlg la,dy nak carik mkn..aku mmg xleh org wat mcm ni kat aku,aku pon biaq p r..

pastu aku carik org melyu ntuk tnya arah,jumpe sorg akhi ni,setelah dy bg direction utk ke rumah kedah,aku pun jalan ikut arah dia bagi..

tp malang nya..sudah hampir satu jam aku berjalan,tak jumpa apa pun..kaki dah naik lenguh dah..aku pusing2 carik tapi xjumpa..aku pun patah balik pergi ke tempat aku mula tadi,dalam perjalanan aku terjumpe akhawat melayu,masa aku p kat diorang tu,diorang dah takut..aku pon pelik,aku nak tanya arah je pon..pstu dirang bagitauh direction,rupa2nya jauh btui aku sesat tadi..alhamdulillah aku terjumpe dgn akhwat td..



nak diringkaskan cerita,setelah setengah hari aku berjalan,dgn 50genih aku gune hanya untuk tambang.. xpe la,aku redha je..

dah smpai rumah kedah,dah selesai urusan dgn pegawai bertanggungjwb,ustaz fairuz,aku rasa lega sangat..pastu mase nak pulang,ditakdirkan aku jumpe dgn sorang ustaz ni,namenye ustaz fadhil..dy pelawa aku naik ke rumahnya,pada mule nye aku tolak pelawaannya,sebab rasa segan,yela,baru kenal kan..

pastu dy ajak jugak,aku pon pergi sbb demi raikan dy..kami borak2 panjang di rumahnya,ckp2 pasai kdah dgn bhsa kdah,ramah betul ustaz2 disini,baru je kenal tapi borak2 macam kawan lama..pastu ustaz minx aku rehat di rumahnya..aku pun turut memandangkan aku terpaksa tunggu kwan2 aku..

xlama tu,ustaz ajak makan,aku dah naik segan..tgk2 dy bwk kluar nasik lemak!!!dy masak nasik lemak yang aku rindu n teringin nak mkn selame ni..terharu aku,aku bersyukur sgt setelah mcm2 ujian pagi tadi,pada petangnya aku dpt mkn nasik lemak (kebetulan aku xmakan apa sejak pagi td kecuali beberapa btg coklat yang harga segenih stiap satu) dan dpt berkenalan dgn ustaz2 yang sememangnya mantap ilmu2 agama diorang..alhamdulillah..

setelah mkn,ustaz fadhil sempat berkongsi ilmu dengan aku,dan setelah rakan2 aku smpai,kami pon beredar selepas solat maghrib,jazakallah khairan kathira ustaz fadhil,ustaz fairuz,che' li dan yang lain atas layanan baik yang deiberikan,semoga Allah memberkati kalian..

kemudian kamo pergi ke rumah kuala lumpur sbb ada bazaar..aku sempat beli apam balik (setelah 2jam tggu baru siap)..boleh la tahan walaupun manis sangat..kamudian kami bertolak pulang jam 11 malam (setelah tggu sejak pkul 9 dalam tremco)

alhamdulillah slamat smpai..mungkin sahabat ni hanyalah satu perkara biasa yang berlaku dlm kehidupan,tapi bagi aku,setiap perkara yang Allah jadikan,ada hikmahNya tersendiri yang perlu kita fikirkan..

dan pengajarannya,setiap apa yang kita tempuhi dan alami,walaupun perkara yang rumit,kita haruslah bersyukur..kerana jika kita bersyukur,Allah akan tambah nikmat Dia kat kita,,tapi jika kita ingkar,ingatlah,azab Allah sangat pedih..

sekian,wallahualam..


Cinta Sejati..

0

Category :



Assalamualaikum wbt..

Pada ptg semalam,sewaktu aku pulang dari library,aku singgah ke gam'ah untuk fotostat dokumen terntentu..sewaktu aku menunggu pakcik kedai tu untuk siapkannya,aku ternampak sesuatu yang menarik perhatian ku..

aku nampak,seorang lelaki tua,berjubah kusut berjalan dgn keadaannya yang serba kekurangan..aku melihat,matanya seaakan2 buta atau penglihatannya kurang..tulang belakangnya tidak seperti orang lain,seoalah2 vertabraenya tidak tersusun n menyebabkan pakcik itu jalan bongkok..kakinya di bahagian bwh bengkok,menyebabkan dia tidak mampu berdiri tegak dan berjalan lurus..aku melihat keadaannya yang sgt kusut,mukanya yang sgt menyedihkan,berjalan2 tidak lurus,malah bengkok di bahagian pergelangan tgannya yang rapat pd dadanya,seperti mereka yang terkena stroke..

tetapi lelaki tua ini,berjalan dibantu oleh isterinya..bertudung labuh,berpurdah menutupi wajahnya..isterinya mengiring suaminya tercinta itu..walaupun keadaan suaminya sgt teruk,tetapi isterinya tetap setia membantu..

Allah telah beri nikmat yang tak ramai orang kini dapat menikmatinya..walaupun keadaannya sangat serba kekurangan,kurang upaya,fakir..tapi dia dikurniakan seorang isteri solehah,yang sentiasa berada disisinya setia untuk membantu nya,dan terus mencurahkan kasih sayang pada lelaki tua,meskipun suaminya dipandang jijik dan hina oleh masyarakat..memang menyentuh perasaanku melihat mereka berdua..

sedang aku termenung jauh mememikirkan hikmahNya,pakcik kedai tu menegurku dan menghulur sebungkus plastik berisi kertas sambil berkata "sittah wa talatiin@39"..=.=",mahalnya..

aku garu kepala smbil berkata dalam hati "cekik darah gile"..tanpa membuang masa aku pon beredar dari situ..


tidak lama kemudian,aku bertemu kembali pasangan itu,kali ni aku melihat mereka duduk ditepi kaki lima jalan,lelaki tua itu menyandarkan kepalanya dibahu isterinya,smbil isterinya memeluknya erat sambil tangan menghulur meminta sedikit wang daripada mereka yang bersimpati..

aku bertambah sedih melihat mereka berbuat demikian..tidak lama kemudian,aku beredar pulang ke rumah..dlm fikiran aku masih lagi terfikir tentang mereka..

"bagaimana dengan nasib diriku kelak??"tanya hatiku..

"adakah aku cukup layak untuk mendapat seorang isteri solehah,dan taat pada suami walau apa jua berlaku,seperti wanita itu??"

"adakah aku setabah lelaki tua itu dlm mengharungi ujian Yang Esa??"
"adakah aku semulia seperti wanita itu terhadap isteri ku nanti??"
"adakah aku akan berkorban demi isteri ku seperti wanita itu demi suaminya??"


inilah antara soalan yang timbul difikiranku..inilah "cinta sejati" antara manusia..tidak semua dapat memilikinya,hanya mereka yang soleh,menjaga hati,menjaga iman yang akan memperolehi bidadari dunia dan akhirat..

aku berdoa padamu ya Tuhan,semoga aku tergolong dalam orang2 yang perolehi "cinta sejati" dan "cinta hakiki"..

assalamualaikum..

Melepaskan tekanan...

0

Category :

assalamualaikum wbt..

kali ni tak ada nak post apa2 sangat,just nak berehat selepas pnat study..tgh2 tension study awl2 pagi ni,aku layan la beberapa vdeo yang sememangnya lawak yang dpt mengurangkan tekanan aku wat seketika..

antaranya..


dengan..



adoi,dgaq org kdah ckp mmg lawak btui,terasa rndu kampung halaman ku..huhu..mmg pandai depa dok tukaq suara cter p ramli ni..baiklah,post kali ni tak ada apa2 motif sangat,doakan kejayaan aku dan rakan2 dlm exm final isnin n selasa ni,syukran awi,salam alaik

Razlan Amir..

0

Category :

assalamualaikum..

sewaktu diselubungi kesedihan,aku teringat tentang peristiwa pemergian abg saudara kesayangan ku,allahyarham razlan amir bin mohd nazri yang telah menyahut seruan Ilahi pada tahun 2004..

sehingga kini aku merinduinya (al-fatihah)..kerana peribadinya yang sungguh disukai ramai..teringat aku sewaktu jenazahnya diangkat keluar dari rumah utk menuju ke kawasan perkuburan islam sg.tangkas,kajang..aku melihat boleh dikatakan beratus orang menghadirkan diri sbgai penghormatan terakhir kpd allahyarham..menunjukkan betapa ramainya mereka menyayangi allahyarham..

selepas solat zohor siang tadi,aku bukak google dan aku search razlan amir..aku dpt beberapa link yang ade nama beliau..aku klik kat satu blog ni,yang aku percaya tulisan dari sahabat abg lan..

semoga Allah mencucuri rahmat kepada allahyarham ralan amir bin mohd nazri dan dimasukkan bersama mereka yang saleh..amiinn



selepas aku bace,aku berasa kecewa dan marah..kerana dengan senang hati dia kata "kes razlan bunuh diri"..apakah???

ya betul kes abg lan masih misteri,tapi xsepatutnya dia melabelkan sbgai kes bunuh diri sesuka hati..sbgai contoh,hukum org tuduh orang berina sdangkan org itu tidaak melakukannya,bukankah berdosa??same seperti kita menuduh orang itu bunuh diri tanpa fakta yang sah dan kukuh,kita juga berdosa..

disini bukan nak ungkitkan kisah lama,cuma nak beri pengajaran pada diri sendiri dan sahabt yang membaca,sekiranya kita tidak tahu,jangan sesekali kita melabelkan sesuka hati kita,yang dapat menimbulkan fitnah pada orang lain..lagi2 melibat kan mereka yang sudah tiada..

Seorang lagi pergi meninggalkan kita..

0

Category :

Assalamualaikum wbt..

mcm mne keadaan para sahabat??harap sehat disamping iman yang sentiasa teguh dibawah rahmat Yang Esa..

pagi tadi,10hb mac 2010,seorang lagi kenalan pergi menyambut panggilan Ilahi..sewaktu aku bangun pagi,aku lihat jam 8pg..seperti biasa aku akan membuka laptop dan layari internet utk mengetahui perkembangan semasa..

aku lihat status rakan2 aku kebnyakan berkaitan dgn pemergian seseorang..tapi aku tak tahu siapakah org itu..

setelah tanya berberapa org rakan dan mmbaca blog perubatan,baru aku tahu ahmad sarhan bin ahmad khan,pelajar tahun pertama perubatan univ.tanta telah meninggal dunia jam 4pg akibat terjatuh dari bangunan tingkat 4 di sekitar kwsan camp shizar,iskandariah...

siapa ahmad sarhan??aku tidak pernah kenal sahabat ni,tapi melihat kebanyakan rakan aku kelihatan 'down' dan sayu,aku pon berasa sedih..setelah dengar ape yang berlaku,hati aku bertambah sayu..
kerana kes ini melibatkan beberapa orang sahabat aku..selepas selesai solat isya',sedang aku mengulangkaji pelajaran aku,aku menerima panggilan dari sorang sahabat utk mnjadi musyrif akhwat yang berada di sho'ban..

aku pon pergi dan setibanya disana,aku nampak mereka baru keluar dari rumah salah sorang saksi kes tersebut..aku melihat wajah salah seorang daripada mereka sangat menambahkan kesedihan hati ku..

ini kerana dia salah seorang yang rapat dengan allahyarham dr.farid fathi el-ghabany,yang baru dua hari lalu menyambut seruan Allah,kini giliran salah seorang dari kenalannya pula..

aku harap,dia dapat terus kuatkan semngat harungi ujian mendatang terutama exam final isnin ni..

aku mendoakan semoga sahabat2 kenalan allahyarham ahmad sarhan dapat tabah kan hati utk menerima ketentuan Yang Maha Penyayang..semoga,arwah ahmad sarhan dan juga dr.farid dimasukkan dlm golongan mereka yang saleh..amiinn


Dia sudah kembali..

0

Category :



assalamualaikum wbt..

hari ni ade perkara yg mengejutkan aku dan rakan2 yang laen..pg tadi,mase kitorang study kat library,tiba dtg sorg sahabat ni,"shahir,lpas solat zuhur dtg la solat jenazah kat game'a ibrahim"..aku hairan,aku tanye "sape meninggal??"..dia jawab "lecturer korang la,dr farid al ghabaly.."..

ya Allah,seolah2 tak percaya ape yang aku dgr,lecturer yang aku kagumi selama ni,dah kembali ke rahmatullah...

pada mulanya aku ingat dia sengaja nak buat lawak,pastu dy suruh aku pergi bace notis kat luar library..aku pon pergi,and xsalah lagi,memang lecturer kesygan aku..dr.farid fathi el-ghabaly..

walaupun tempoh dia aja kami sgt singkat,tapi cara dia mengajar kami,terutama subjek embryology sangat menarik..dia menyelitkan ayat2 alquran yang berkenaan dgn kejadian manusia..aku sgt kagum dgn dy pd hari pertama aku dengar kuliahnya..

sejak dari tu aku mule mengkaji ayat2 alquran pasal kejadian manusia dlm internet..Allahyarham dah menaikkan semangat aku untuk terus kaji alquran..dalam buku tulisannya,dia ada tampilkan sekali ayat alquran surah hijr tentang kejadian manusia..dy mmg beramal berdasarkan alquran..


kali terakhir aku jumpa Allahyarham minggu lepas..Beliau sanggup luangkan masa 2jam bersama kami untuk bantu kami ulangkaji embryology...dengan gaya yang lucu yang sememangnya menarik perhatian kami..

sewaktu selesai solat jenazah tadi,aku lihat jenazahnya diusung keluar dari masjid,terasa sayu hati ni..ajal kita akan datang pada bila2 masa saja..secara kita xsedar,malaikat maut senantiasa mengintai2 kita..

sewaktu aku keluar dari masjid,aku lihat ramai orang berkerumun keliling keluarga Allahyarham..alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk mngucapkan rasa simpati pd adik beradik,anak2 dan juga isteri beliau..menurut sahabat,Allahyarham mengidap penyakit berkenaan dgn jantung..

aku sangat berterima kasih pada Allahyarham atas jasa yang sangat bermakna..akan aku amalkan ilmu yang diberi dgn penuh keihlasan insyaAllah...moga Allah masukkan Allayarham dikalangan hamba yang soleh,dan semoga beliau dan ahli keluarga dilindungi dari segala azab dan sentiasa di berkati dengan kasih sayang Yang Maha Penyanyang..

kepada sahabat yang membaca,harap dapat bersama2 sedekahkan alfatihah kpd Allahyarham Dr.Farid Fathi El-Ghabaly tidak lupa juga pada sheikh al-azhar,Sheikh Mohammed Sayyid Tantawi yang juga meninggal hari ni ketika sedang berada di Riyadh,Arab Saudi akibat serangan jantung..

Semoga mereka sentiasa dibawah naungan rahmat dan kasih sayang Yang Maha Esa..Aminn..

Sheikh Mohammed Sayyid Tantawi

mentari hidup ku...

0

Category :



Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran



Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

maafkan aku,
duhai nafsu ku,akan ku pastikan kau tuduk pada keimanan ku..
duhai syaitan,akan ku perangi kau sehingga jasad ku terpisah dari roh ku..
kerana aku adalah mujahid..
Mujahid yang akan menegakkan kalimahNya..
duhai Tuhan,ku perlukan kekuatan dari Mu..
bantulah aku..
ampunilah aku..