Uhibbu Usrati,abadan abada...

0

Category :

Asslamualaikum wbt...

Alhamdulillah...kejap je dah masuk 12ramadhan...dah ke fasa ke 2 dalam bulan ni..

lagu raya pon makin kerap di mainkan..byase la,orang kite ni kalau bab raya mmg bersemangat,
ye la,sale sana,sale sini...semakin kerap orang kuar shopping..

Best sangat,tadi dapat berbuka dengan satu family.memang jarang kami dapat kumpul sekali..
dengan kehadiran 2 budak cinonet,mu'adz dgn mujahid,rumah yang biasanya sunyi ni tetibe meriah pulak..

Mujahid Nasri

Muhammad Mu'adz

Mak masak nasi tomato tadi,pebret ktorang..juadah berbuka tadi macam,xtermakan semuanya..seronok sangat,tgk abg2,akak2,adik,mak sumenye happy..

tapi,sedih jugak bile memikirkan ayah tak dapat nak berseronok dengan kami..dad,i wish u with us..sedih bile memikirkan ayah tak dapat bersama kitorang,tgk cucu2 dia membesar..walaupun kami seronok tadi,tapi tak lengkap rasanya tanpa ayah...


teringat dulu,ayah teringin nak duduk sekali dgn anak2 dy,cucu2 dy dalam satu rumah,dy nak main2 dgn cucu2 dy kat halaman..kalau dulu,dy suka sgt tgk abg sharul ngan abg sharil balik umah hujung minggu bwk anak masing2..tapi sekarang,impian ayah tu seolah2 susah utk jadi kenyataan..tak apa lah,semuanya ada hikmah,Dia Maha merancang segalanya...

dgn ayah n muadz,,^^

penat tadi layan karenah budak2 kecik ni,mujahid dgn muadz sgt menceriakan hati saya...Ya Allah,bile la aku nak dpt anak ni..hahaha..

tengok dorang lari sana,lari sini...comel sangat..

dan paling best tadi,kami 3 beradik,me with my 2 bros,shahril n shahrul performed magrib,isya and also taraweh together with abg sharil as imam...mungkin korang xpercaya,tapi saya rasa inilah kali pertama kami solat berjemaah 3 orang sama2..



ni masa tahun 1993 rasanya,mimi baru lahir..

ni lak tahun 1996 kalau xsilap...aku sangat selebet..haha


ni waktu 2001 kalau xsilap..


Dan ini yang terkini,2009,sewaktu ingin bertolak ke mesir..


bila tengok kejayaan abg2 saya,memang sangat memberi motivasi pada diri ini..

kalau nak diingatkan balik,saya membesar bsama2 dorang,dari kecik,memang saya perhatikan apa yang abg2 saya lakukan,dan bnyak minat2 saya akibat terpengaruh dengan dorang..macam minat maen bola,minat arsenal,dengar lagu oasis n mcm2 lagi r..

sejak kecik,dorang sangat kawal saya..ingat dulu salau skip skola agama,dorang mengamuk kejar saya keliling umah..adoi,lawak kalau nak igtkan balek,smpai sy menyorok dalam tndas n kunci pintu sbb takut dengan dorang..

saya memang takut dengan abg2 saya..dorang slalu pntau saya,cek hwork skola,tgk saya kawan dengan siapa..

waktu sy form 1 sy dapat kad raya dari sorang pmpuan ni,abg sharul minx sy bukak n baca depan dy..lpastu kadang2 ada kwn naek moto dtg umah saya malam2,abg2 saya halau dorang sebab xnak kasi saya melepak...

dahulunya saya memang sangat xsuka,sgt dikongkong,tapi alhamdulillah,berkat prihatin dorang terhadap saya,saya sekarang jadi seorang yang alhamdulillah terselamat dari gejala masalah remaja sekarang..



abg2 saya walaupun rekod akademik waktu sekolah tak beberapa elok,tapi sekarang mereka sudah berjaya dengan cara mereka tersendiri..abg sharil kini alhamdulillah sudah berjaya mendapat lesen engineer dan akan berkhidmat di firefly setelah bertahun2 berkhidmat di MAS..abg sharul hampir menghabiskan PhDnya insyaAllah pada tahun hadapan..

Kak mila pon sekarang hampir tamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan,insyaAllah akan graduate lpas raya ni...Mimi pulak akan habis skolah hujung tahun ni,harap2 dy dapat score spm tahun ni,mudah2han...

abg shahril dengan kak maryam insyaAllah akan mendapat cahaya mata kedua bulan 10 ni,kemungkinan lelaki,xsaba rasanya...

family ni makin lama,makin mengembang..pejam celik,tgk2 mila pulak lepas ni dapat anak..kejap je masa berlalu...

walau apa pun,kejayaan kami,bermula dengn kesusahan yang dirasai mak ngan ayah...saya berharap mak lepas ni kembali ceria seperti dulu,dapat melupakan segala kesedihan yang dilalui..ayah pulak saya harap kesihatan bertambah baik,terhindar dari segala penyakit2,semoga kami dapat hidup kembali dalam sebuah keluarga yang bahagia..insyaAllah..

Dr.Hati Ku...

0

Category :

Assalamualaikum wbt...

Fuh~~~~~lama betul tak update blog..dah berhabuk dashboard ni..huhu..

untuk pengetahuan,sekarang ni saya bercuti di tanah air tercinta,malaysia insyaAllah smpai lepas raya nanti..

erm,sebelum saya mulakan penulisan,syukur pada Allah swt yang telah memberi saya keputusan yang memuaskan,semoga dengan keputusan ini tak timbul perasaan riak dan takbur dlm hati saya ni dan dpt membawa saya ke peringkat yang lebih tingkit dalam bidang perubatan..

Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa,lecturer2,cikgu2,adik bradik,dan rakan2 yang sentiasa mendoakan kejayaan saya serta rakan2..mungkin ini sume hasil berkat doa kalian..syukran awi..

.....................................................................................................................................................................



Pejam celik..pejam celik..

dah nak 3minggu dah cuti..hati makin lama makin kering..

perkara lagha makin lama dah jadi aktiviti utama..

sajian2 rohani semakin berkurangan...

hidup berjamaah semakin juga sudah berkurangan..

Alhamdulillah,ada juga kawan2 yang ajak join program2 berfaedah..
terselamat jugak dari bende yang dapat mematikan hati..




teringat satu hadith ni,

“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.
Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.
Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota,
ketahuilah itulah hati.”
Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

erm,hati ni kte blh jadi selembut air,atau sekeras batu..memang pelik hati ni,
susah kte nak jaganya,,

kte akan dpat rasa bile hati kte ni semakin keras..contohnya,amal2 kebaikan yang
kita wat selama ni semakin kita tinggalkan,dalam masa yang sama,
perkara2 kemungkaran dah jadi amalan harian kte..

dan hati akan jadi semakin keras jika kte tidak berasa serba salah apabila
melakukan sesuatu dosa,dan lebih teruk lagi,kita berbangga dgn dosa yang kita lakukan..na'uzubillah..

hati ni ada beberapa peringkan..hati yang lembut,hati yang keras,
dan hati yang terkunci...
apabila hati kita terkunci,terhalanglah kte daripada mndapat hidayah Allah..
semoga kita dijauhkan..



sentiasa basahkan hati kita dgn zikrullah dan ayat suci alQuran,,kadang2 ble kita lakukan sesuatu dosa,kita rasa tidak selesa,macam ini bukan diri kita sendiri..

tu maknanya,ada sebahagian dari diri kita ingin kearah kebaikan dan
cuba lawan kejahatan yangada dalam diri ni kerana manusia itu secara fitrahnya suka akan kebaikan..

sberpeganglah pada alQuran,kerana ia ada syifa',pakar dalam bidang hati ni..
cari la ubat2 di mana farmasi satu dunia,hanya alQuran sajalah yang dapat meleburkan segala virus2 dan bacteria yang cuba merosakkan hati..


jagalah hati anda,kerana jika ia rosak,maka rosak lah diri anda..

sekian sajalah penulisan untuk kali ini,semoga bertemu di post2 akan datang..insyaAllah..

Wallahualam..

sebuah lagi pesanan untuk diriku yang hina..

Anaemia..

0

Category :




Assalamualaikum wbt..

Rasanya dah lama sangat sejak post terakhir..maaf sebab sangat sibuk (sebenarnya malas)..hehe..

exam nak dekat dah,xlama lagi habislah pngajian utk thn ni..lpas ni boleh balik malaysia..

sejak post terakhir,bnyak bnda nak dikongsi,tapi..tetibe malam ni hilang pula idea sebelum ni yang terkumpul..

tak apalah,apa kata kali ni kita bincang pasal medic sket,hehe at least dapat kongsi dengan member2 yang laen..

sebenarnya,tadi baru beh baca pasal anaemia..anaemia ni sangat common skang,lagi2 kat mesir ni..siap ada jenis anaemia ni nme dy "mediterrenian sea anaemias"..


sebelum pergi jauh,apa tu anaemia??

anaemia ni sejenis abnormalities pada red blood cell (RBC) atau Haemoglobin (hb) atau kekurangan ruang untuk membawa oxygen (o2)..

bnyak sebab2 anaemia ni,antara 3 sebab utama :

1)Blood loss
2)destruction RBC
3)Decrease formation of RBC

tak payah gi detail sangat la..

biasanya orang yang ada anaemia ni selalunya cpat penat,selalu pitam or pengsan sebab pengaliran o2 sgt teruk..

ada jenis anaemia ni memang waris dari keturunan mcm sickle cell anaemia dengan spherocyte (carik detail sendiri2 ye)

tapi ada jugak sebab pemakanan tak betul..cntoh macam kekurangan iron (utk bentuk hb),folic acid dgn vitamin b12 (utk rbc maturation) dan macam2 lagi r..

so,pemakanan kne la btul..mkn sayur bnyk2,sbb bnyak minerals..

senanye nak bagi detail sangat takut bosan sgt kang kalau bace,so ni antara contoh2 anaemia,nak cari detail sendiri2 eh,best gak disease ni kalau nak ikutkan..

1) Sickle cell anaemia
-abnormal kat hb disebabkan mutation
-RBC xhidup lama

2) Iron Deficiency anaemia
-kurang iron dalam badan
-hb xleh nak bentuk sgt

3) Aplastic anaemia
-bone marrow tak dapat function elok
-komponen cell dalam darah tak dapat nak bentuk

4) Haemolytic anaemia
-bnyak sebab,antara dia bercampur kumpulan darah yang xsesuai
-erythroblastosis foetalis : berlaku pd ibu yang mngandung yang mepunyai rhesus
berlawanan dengan bayi dalam kandungan

5) Megaloblastic anaemia
-kurang vitamin b12 dan folic acid
-RBC xmatang sepenuhnya


herm,ni je kot yang nak dikongsi pasal anaemia secara ringkas..rajin2 la carik info lebih pasal mnde ni..

harap kalau ada silap kat mana2,tolong tegur ye,kot terbagi ajaran sesat..huhu..

k lah,jmpe lagi,salam alaik

Nostalgia Lalu..

0

Category :

Assalamualaikum wbt...

lepas penat2 study,tetbe teringat waktu kat tadika dulu..aku dulu tadika kat tadika aulad centre,bdr baru bangi..skng still ada lagi tadika tu..sebab apa aku teringat waktu tadika??sebab secara tak langsung mengingatkan aku yang masa berlalu sangat pantas..boleh jadi,lagi 30 tahun,aku teringat zaman aku di mesir pula,dan benda ni boleh berlaku dalam masa sekelip mata..dengan amal xseberapa ni,harap2 aku diberikan kesedaran yang lebih..





waktu tadika dulu aku ade wat persembahan nasyid tajuk dia "buta mata" masa nak grad dari tadika tu..lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan nasyid kanak2,puas aku carik kumpulan ni,tapi yang aku jumpe lagu yang dah di remake oleh kumpulan saff one..kurang best tapi layan jela..

wallahualam..

Perihal Jin

0

Category :


Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,baru je abeh bace surah al-jin..

sedikit latar belakang surah ni :

1)surah ke 72
2)28 ayat
3)juz 29
4)diturunkan sewaktu baginda SAW berada dimekah (sblm Hijrah)
5)surah ni juga diturunkan sewaktu peristiwa nabi Muhammad SAW berdakwah di taif (xsure satu surah or certain ayat).waktu tu Nabi dihalau dgn teruk oleh pnduduk taif,sewaktu nabi sedang berqiam,Allah telah menghantar sekumpulan jin untuk mendengar bacaan Nabi SAW..Jin ini datang tanpa Nabi sedari dan telah beriman sebaik sahaja mereka mendengar bacaan Nabi (surah al-Jin da Surah al-Ahqaf).setelah mereka mendengar,mereka pulang dan sebarkan ajaran islam..


Tapi tujuan asal post ni nak memberi pendapat tentang "sebaik2 jin,seburuk2 manusia"
dahulunya aku mmg pegang pada kata2 ni..aku xsure ni hadith ke,kata2 ulama or org lain pnye kata2..so kalau sesiapa yang tahu mana asalnya konsep ni,sila2 lah bagitahu ye..jzzk..

berdasarkan surah al-jin ni,susah aku nak terima konsep tu..sebab kalau seburuk2 manusia tu firaun,xkan tu sebaik2 jin??

padahal dalam surah ni ayat 11 :

"dan sesungguhnya di antara kami (jin),ada yang saleh dan ada (pula) kebalikannya.Kami menempuh jalan yang berbeda2"





ayat 13 pulak :

"dan sesungguhnya,kami (jin) telah mendengar petunjuk (alQuran),kami beriman padanya.maka barang siapa yang beriman kepada Tuhan,maka tidak perlu ia takut rugi atau berdosa"

ayat 14 pulak :

dan di antara kami,ada yang islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran.Siapa yang islam,maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus.

ayat 15 pulak :

dan ada pun yang menyimpang dari kebenaran,maka mereka menjadi bahan bakar bagi neraka Jahanam

dalam ayat ni,kalau sebaik2 jin tu yang saleh,xkan same dengan firaun kot??hrm,mmg susah nak terima..hrm,sedangkan Allah dah ciptakan syurga yang khas untuk goolongan jin,ada sebut dalam alquran tapi surah apa dah lupe (sesape ingat tolong bagitau ek,jzzk)..jadi xkan jin yang perangai mcm firaun manusia tu dpt masuk syurga..hrm,musykil2..

setakat tu jela,yang aku nak kongsi,so kalau la konsep "sebaik2 jin tu seburuk2 manusia" betul2 dari hadith Nabi SAW,or kata2 ulama or kisah disebaik konsep ni tolong gtau ek..jzzk~!

*gambar2 adalah hiasan semata nak bagi blog lebih menarik

sebuah lagi pesanan untuk diriku yang hina..

wassalam..
Assalamualaikum..tengah surfing internet,terjumpa lagu arab ni..lagu dari penyanyi mesir,hamza namira yang mula jadi penyanyi kat iskandariah..best jugak,sekali2 sekali layan lagu arab..ni terjemahan lirik lagu dia..

Ehlam ma'aya (dream with me)

Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

Dream with me my friend,
Our footsteps will shorten the distance
I care about my innocent dream
Whatever it may be
It will stand beside us
No matter how long our journey becomes
Even if we become lost, my friend,
Our reunion will rally us toward our dream

Cinta Rasul??

0

Category :



Assalamualaikum..setelah sekian lama berdiam diri,kini aku kembali di arena blogging..

sebenarnya banyak yang nak diceritakan sejak last post aku,bnyak2 peristiwa berlaku yang ingin dikongsikan bersama para pembaca..tapi,kerana sibuk dengan study,exam pon makin banyak,subjek module kali ni sangat susah,so terpaksa kurangkan masa aku untuk menulis blog..

kali ni aku ingin meluahkan perasaan aku yang sangat teramat tidak berpuas hati terhadap kejadian 20may yang dikecoh2kan semalam..korang tau apakah tarikh 20may ni??

ni merupakan hari yang dianggap sebagai "everyone draw Mohamed Day" di facebook..ni pun aku dapat tahu dari kawan aku..ble aku tgk je,masya Allah..aku sgt99 terkejut+marah+sedih bile tgk..mereka menghina Nabi Muhammad SAW sehina2nya..

kenapa nabi muhammad saw yang asik dikeji??nabi bkn buddha??siva??vishnu??nape mesti islam ditindas??nape china india dapat hidup dengan aman??

jawapannya mereka tahu islam tu agama yang benar..mereka sekarang sedar tak mampu kalah kan islam..jadi mereka guna approach mengapi2kan orang islam..

hmph,kte pon sama,dimulut kata cinta pada nabi,sayang pada nabi,bile orang kutuk sket nabi kte mula la bangkit tentang habis-habisan,boikot sana,boikot sini..ble maulid nabi,berarak sana sini..

tp amalan nabi sikit je kte amalkan..tu sume cinta setakat zahir jela..tapi ble pd hati,kte langsung tidak cinta pada nabi,kta tak ikut pun apa yang nabi suruh..ada kita contoh akhlak nabi??kte ibadat seperti mana nabi lakukan??ada kita ikut sunnah nabi?

tapi tidak!!apa yang kita buat??hanya lakukan maksiat..mmg jauh dari perintah nabi!ni cinta pada nabi ke??

kalau korang nak taw,sebab kite lah nabi dihina tau x?!sebab kita org kafir dah pandai lukis karikatur nabi!!zaman dulu tak berlaku lg..zaman kte je ni bru terjadi..tgk keadaan umat islam sekarang,xyah g jauh,tgk kat malaysia je..

tgk remaja mcm mne,berempit,bercouple,zina,buang anak,bunuh sesuka hati,jenayah makin berleluasa,pakai ketat,xtutup aurat,xhormat orang tua,derhaka ibu bapa mcm2 lagi la..bnyak sgt nak disenaraikan..

ni sume cinta pada nabi ke?kalaulah nabi ada dengan kita sekarang,baginda la yang paling sedih sekali..baginda saw telah ikat perut tahan lapar demi kta,berlinangan air mata memikirkan nasib kta,dicaci,dibaling najis,dihina demi kita..tapi kta?ape kta wat pada hasil pejuangan baginda??kita dah sesiakan..




pemimpin negara sindiri pon satu,tak pasal2 bg lesen judi..ya Allah,ni la akibatnya apabila alquran diletakkan dibawah sekali dalam perlembagaan negara..sedih aku tgk,pemimpin islam lak tu,kalau bkn islam leh terima la lagi..

nak bepolitik,gila kuasa sangat smpai ketepikan agama..ni la kalau befikiran sekuler..kejarlah duit pngkat bnyak mana pun,kau xkan bwk ke dlm kubur..

aku pelik,bile timbul isu pggunaan nama Allah oleh agam laen,bkn maen lg tentang habis habisan,tapi ble bab perintah allah,nape tak ikut pulak??






bangunlah wahai pemuda islam,islam yang asal,harus kita kembali..sudah bnyak fitnah berleluasa..sudah bnyak pemimpin2 yang corrupted memerintah negara..kita la harapan sekarang untuk ubah masa depan..ingat,kita sebagai pemuda perlu mula fikir pasal masalah agama dan negara kita..cukup2lah kita ditipu oleh org kafir,sudah masa kita bangkit..wahai pemuda,janganlah sekali2 sia2kan usia mudamu,kerana kelak akan disoal kemanakah kita habiskan usia muda kita..

pesanan untuk diriku yang hina..

wallahualam