My Name is Muhammad,and I'm A Muslim...

3

Category :

Assalamualaikum

Kadang2kan,kita tak pernah tanya diri kita balik,kenapa kita islam?biasanya,kita di akhir zaman ni islam kerana mewarisi agama ibunda kita..

kita just anggap islam ini satu perkara yang hanya berkonsepkan spiritual..sbgai contoh solat,zakat,kalau dah tua sket,ada duit kita pergi haji dan sebagainya...bahkan,lagi teruk lagi sebahagian dari umat islam itu sendiri hanya menganggap islam itu hanya untuk mengisi ruang di kad pengenalan mereka,tetapi segala ajaran2nya ditolak,dan ambil sebahagian yang bersesuaian dengan kehendak diri..

dengan fahaman sebegini lah punca kelemahan umat islam sekarang..kita sendiri tak paham dengan agama kita..kita solat,tetapi hanya sekadar rutin harian kita,bukan kerana untuk menghadap Tuhan kita..Kita menutup aurat hanya disuruh oleh ibu bapa kita,tanpa kita fikir sebab apa kita diwajibkan menutup dan siapa yang suruh kita tutup..

ramai dari kita(termasuklah diri saya sendiri) lebih bertungkus lumus belajar ilmu dunia spt contoh ilmu perubatan,dengan belajar sambil lewa ilmu2 tentang agama..sebab mindset seperti ini telah ditanam oleh musuh2 islam,supaya menjadikan umat islam berusaha bersungguh2 untuk mendapatkan dunia dan meninggalkan akhirat..

kita sejak dibangku sekolah lagi telah dididik untuk berusaha sunguh2 untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang,supaya dapat masuk universiti dapat jurusan yang hebat2 dan dapat kerja yang mempunyai gaji yang lumayan,hidup mewah,senang,rumah besar,kereta besar..

Tetapi,ramai dari kalangan kita,dari kecil tidak ditanamkan ilmu2 tauhid,sifat2 Allah,kebesaran Allah untuk mengenali siapa pencipta kita..kita hanya diajar mengaji alquran,tapi maksud dan huraiannya tidak diajar..ya,ada pelajaran agama,tetapi disebabkan pemikiran sekular yang sudah menjadi mindset masyarakat kita,menyebabkan pelajaran agama ini hanya sekadar subjek sampingan..tak pandang pon subjek agama ni kalau nak ke ipt2..

dengan ini,lahir lah generasi islam yang hanya pada nama..

kalau nak dilihat balik,islam bukan sekadar berkonsepkan spiritual..tetapi islam adalah satu cara hidup..berbeza dengan agama lain,islam telah menyusun hidup kita dari celik mata kita hingga kita pejam mata..

sayang sekali,ramai dari kita tak merasai kemanisan yang islam bawa itu..disebabkan kita menganggap islam hanya pada ibadat sahaja,dan ibadat tu bagi kebanyakan dari kita anya pada solat,puasa,zakat...

sebagai contoh,islam mengharamkan riba',kerana untuk menjaga hak2 setiap daripada kita..tak ada unsur penindasan dalam berjual beli,supaya segala apa urusan jual beli kita terpelihara dari unsur haram atau syubhah..

tetapi situasi kita sekarang,cuba kita lihat,akibat daripada penggunaan riba' dalam perniagaan kita,atau nama manjanya 'interest',berapa banyak kita lihat orang2 yang dibebani hutang2 yang menimbun2..hutang yang xdapat diselesaikan walau berpuluh2 tahun kita bayar..maka lahirlah golongan yang berhambakan wang,sanggup buat apa sahaja demi mencari wang untuk membayar hutang,menggadaikan maruah,keluarga dan maruah agama sendiri...

nampak tak macam mana islam menjaga umatnya??

tapi sayang sekali kita xnampak!alquran hanya dibaca tanpa memahami isinya..atau hanya pada malam jumaat,ataupun hanya dibaca ketika ada orang meninggal..dan paling sedih ada yang masih tidak tahu membaca kitab suci dan mukjizat Nabi SAW yang diwariskan pada kita walaupun usia sudah cecah setengah abad..

mana letaknya alquran dalam hidup kita..apabila alquran dihina,dibakar kita semua bangkit wat demonstrasi sana,mogok sini..tapi alquran dirumah kita hanyalah sekadar perhiasan dirak2 buku..


Kalau kita fikirkan balik,masyarakat kita sekarang sudah jauh dari islam yang sebenar...malah identiti islam semakin islam hilang dalam diri mereka..cuba sahabat lihat dgn mata mati sahabat gambar2 dibawah :





timbul golongan yang kononnya ingin memperjuangkan kebebasan seksualiti



sarang2 maksiat tumbuh bak cendawan di negara kita


apabila dosa besar dipandang ringan oleh masyarakat


Raja segala maksiat menjadi minuman harian,..



tiada lagi maruah islam dalam diri..



apabila manusia meletakkan diri mereka lebih hina dari binatang..



hilangnya budaya islam..


masyaAllah..betapa jauhnya kita dari islam yang sebenar


=.="


sahabat2 nampak tak??inilah islam yang ada dinegara kita sekarang..

kadang kala,sedih rasanya..kita bayangkan macam mana Nabi Muhammad SAW dibaling najis kemukanya,ketika waktu baginda solat,dibaling batu sehingga mengalir darah baginda..di caci,diherdik,di tuduh,dicuba untuk membunuh..

Baginda tempuh semua ni dengan tabah,kerana baginda ingin pastikan ajaran islam tu sampai pada kita semua..bahkan sewaktu sakratul maut,bibir baginda terketar-ketar sebut "umat ku..umat ku"

Betapa tingginya cinta baginda pada kita...Bayangkan manusia paling mulia dihina,dibaling najis,semata2 untuk menyampaikan risalah..

dan kita sekarang,apa yang kita lakukan dgn risalah yang baginda telah bersusah payah sampai kan??

lihat kembali gambar2 diatas,kalau baginda Muhammad SAW lihat keadaan itu,apa perasaan baginda??

cuba kita letakkan kita di tempat Nabi SAW,apa perasaan kita??

bila nabi di caci,dihina,di lukiskan karikatur nabi,beribu2 umat islam bangkit,menentang mereka yang mempersenda junjungan kita..tetapi,kita tak sedar,kita sendiri juga sakiti hati nabi..

hatta apabila kita tanya pada mereka yang berpakian seksi,minum arak,ambil dadah,adakah mereka sayang Nabi,sudah tentu mereka jawab ya..tapi sayangnya hanya pada mulut..

teringat satu ketika,sahabat saya cerita,dia tegur sepasang kekasih yang sedang bercumbu-cumbuan,lalu dia diherdik dengan ayat "lantak kau lah,yang masuk nerakanya aku!"

astaghfirullah,sahabat2,neraka tu bagi kita funfair ke??kita kene sedar,neraka itu tempat diazabnya kita selama berjuta2 tahun!na'uzubillah...

cuba sahabat pejam mata,bayangkan kayu api yang diletak ditapak kaki sahabat2 dan panasnya sampai menggelegak otak sahabat2 seperti air yang tengah mendidih...itu baru seringan2 azab..
na'uzubillah...

sahabat2 sekalian,
kita lupa dahulunya kita menguasai dunia,tokoh2 dibawah telah membuktikan umat islam itu kuat,digeruni,dan mampu menguasai dunia..

tapi sayangnya ramai diantara kita generasi kini telah mensiasiakan usaha mereka..








kita bandingkan kita dengan generasi awal islam..seperti tidak percaya kejatuhan umat yang agung ini sampai ke tahap yang sangat2 menyedihkan..mereka yang perjuangkan islam dihina,difitnah..

bahkan,mereka yang melakukan maksiat diberi segala kemudahan,kononnya untuk menjana ekonomi negara..

ada golongan yang memperjuangkan hak melayu,tapi dihina orang yang memperjuangkan hak islam..

kita sebagai umat islam,harus bangkit semula,kembalilah kejalan islam yang sebenar..kita kaji semula sejarah2 awal islam..

kita harus membela agama yang mulia ini..kalau bukan kita,siapa lagi?sampai bila kita nak melakukan maksiat??cukuplah dengan dosa yang kita lakukan selama ini..sudah masa kita tinggalkan zaman2 jahiliyah kita..

kita,diangkat oleh Allah,sebagai umat yang terbaik yang pernah dilahirkan,kerana kita menyuruh akan kebaikan,dan mencegah akan kemungkaran seperti mana yang disebut dalam ali-imran ayat 110..

tetapi,hilanglah kemuliaan yang diberi oleh Allah,jika kita tidak melakukannya...

p/s: maaf kalau terlalu panjang,maaf kerana lama xupdate..maaf kalau ada kesilapan..sila2lah tegur kalau ada yang silap..


pesanan untuk diri yang hina...

3 comments:

Rabiatul Adawiyah Binti Ag. Binting berkata...

Salam,
kalau bukan kita, siapa lagi??...
marilah kita sama2 membela agama kita....
Hidup Ini Indah Andai Kerana ALLAH...
nice entry... (^_^)

Rabiatul Adawiyah Binti Ag. Binting berkata...

Wahai sahabat2ku, sudahkah anda mencintai Rasulullah Nabi Muhammad SAW?...Hayatilah..

http://www.facebook.com/video/video.php?v=154946847864526&comments

Syurga Cinta Kami berkata...

:)bagus3.. entry yg baik

Catat Ulasan