Dimanakah kita??

0

Category :

*segala pesanan dibawah bertujuan untuk mengingati diri sendiri dan rakan2..jika terdapat sebarang percanggahan pendapat daripada pihak pembaca,maafkan saya,semoga kita sama2 dapat manfaat insyaAllah

Assalamualaikum wbt..

keifa halukum sahabat2 pembaca sekalian??sihatkah?alhamdulillah,semoga allah sentiasa melimpahi rahmatNya keatas kita semua..

maaf la,saya ni mmg malas nak mengupdate blog saya,senantiasa cuba utk istiqomah dalam perjuangan memalui penulisan,akan tetapi gagal juga..

pertama dan selamanya syukur kita di dalam nikmat iman dan islam sehingga kini,kerana malangnya kalau kita islam sejak dilahirkan,tapi mati dalam keadaan kekufuran,na'uzubillah..

tapi kan,cuba kita muhasabah diri balik,sepanjang hidup kita,berapa bnyak sumbangan kita pada islam??saya rase kebanyakkan dari kita tak sampai suku dari usianya digunakan dalam menegakkan kalimah Allah..

kita pada zaman ini,cabaran nak merosakkan iman dan aqidah kita sangatlah hebat..celik mata sahaja,maksiat bertaburan di hadapan mata kita...islam itu seolah2 hanya ritual agama sahaja,cukuplah hanya solat,puasa,zakat,haji..(itu pun kalau buat)..

islam hanya pada rukun islam sahaja,tapi bab kehidupan seharian kita seolah2 kita menipu diri sendiri..bangun tidur berapa bnyk dari kita yang bace doa bangkit?masuk tandas berapa bnyak dari kita baca doa?bagaimana pula dgn makan?keluar rumah?pakai baju??

itu baru perkara kecil,apatah lagi urusan muamalat,tahukah kite adab berjual beli dalam islam?ape kah itu riba?rasuah?mcm mana bentuk2 rasuah?

kalau bab taharah (suci),tau kah kita jenis najis?mnde yang batalkan solat?kalau untuk wanita,tahukah perbezaan nifas istihadoh haid sume ni?or asal keluar darah je xyah solat(ayat ustaz azhar idrus)

bab munaakahat,jinayah,siasah tau x???

kata islam,asal tak tahu??dah xtahu xnak belajar lak tu..kita mmg sombong!sebok dengan urusan dunia,keja cita2 duniawi,sampai yang fardhu ain xnak ambil tahu...

kata ckp cintakan nabi SAW,tapi sirah dy xnak amek tau..

ini lah kite umat akhir zaman,sejujurnye,saya tergolong dari golongan2 atas..dan,saya rasa ramai lagi di luar sana seperti itu..sebab itu lah kita sering ditindas..saidina umar al-farouk ra berkata,"kita dimuliakan kerana islam"..jadi kalau hilang islam mana kemuliaan kita???

sebab tu kita sekarang macam di hina orang kafir?sebab kita seakan hina islam..mana tak nya,ambil islam separuh2...cube korang fikir,korang nak ke beli moto yang xde tayar?rumah yang tak ada tingkap pintu?kasut takde tapak?pen yang tak da dakwat??mesti tak nak kan?sebab tak lengkap...macam tu jugak dengan islam,kalau kita ambil satu,kene ambil semua..

macam ada sebuah negara ni,pemimpin majoriti islam,dorang solat,pergi haji,zakat..tapi bina disko,bagi lesen utk judi,buat kilang arak,panggil artis2 kafir joget2 depan anak muda,ape kes???

lepas tu lebih kepada perjuangan nasionalis..berbalik kepada kata2 amirul mu'minin tadi,kita dimuliakan dengan dgn bangsa..kita lihat balik pahlawan2 islam dahulu kala,dorang bangsa apa???

salahuddin bangsa kurdis,tapi dapat tawan palestin
al-fateh bangsa turki,tapi dapat tawan constatinople
imam bukhari lahir kat asia tengah,tapi jadi perawi hadith yang terkemuka

banyak lagi la contoh..kita melayu sekarang ni banyak dah hilang sinar islamnya..lebihkan adat dari agama,perkara khurafat jadi panduan,jiwa pemuda dirosakkan dgn hiburan..

bukan saya nak condemn org melayu,tapi inilah hakikat..ada yang katakan orang melayu lah bangsa penyelamat akhir zaman..saya teringat kata2 ustaz zahazan mohamed,kalau lah orang melayu nak jadi bangsa yang dorang katakan itu,beramal lah dengan islam sepenuhnya..(lebih kurang mcm ni maksudnya,kalau salah maaf)...kalau islam kita amek sikit2 mcm biskut,ini lah akibatnya..sebok perjuangankan bangsa disebabkan perlembagaan..tapi dalam perlembagaan tak ikut pon quran dan sunnah..orang kafir juga yang reka..lepas tu bile pembangkang wat demonstrasi aman,yang sah dalam perlembagaan,tau plak kerajaan xnak ikot perlembagaan...

kita org islam akhir zaman ni banyak tak kenal dgn agama kita sendiri..kita jahil..tapi ada juga yang dikalangan kita yang jahil ini berani pulak condemn ulama'..ini lah sifat sombong dalam diri..kite kene igt,dgn sifat sombong ni lah iblis di halau dari syurga,di laknat smpai kiamat..dengan sombong nilah yahudi di laknat oleh Allah..

kita ni yang mandi wajib pon tak expert lagi..lagi sedih alquran masih lagi baca merangkak2,dah sombong pangkah kata2 ulama'..ulama'2 ni yang dah habiskan masa,duit,tenaga dorang dgn belajar ilmu agama,kemudian sebarkan pula pada masyarakat,kemudian jihad melawan kemungkaran,sampai di penjarakan..yang mana hidup meraka hampir kesemuanya dihabiskan dalam memperjuangkan islam..

tapi kita yang jahil ni dah sombong,kutuk macam2,dengan adanya orang2 yang masih teguh perjuangkan islam macam merekalah,allah tak turunkan lagi bala yang dasyat..memang mereka bukan maksum.tapi kita yang ibadat asas tak jaga ni layakkah condemn mereka..kita terus reject pandangan mereka,kita pergi cari hadith2 atau ayat quran yang seolah2 pihak pada kita tanpa berguru dgn mana2 org alim,kita gunakan sebagai hujah..kita dah la jahil,lepas tu sombong nak belajar ilmu agama,lepas tu guna ayat2 suci sesuke hati kite tanpa kajian...

yang kita sokong,orang2 yang benarkan maksiat,amalkan budaya fitnah,kotor,rasuah..tapi kita condemn dgn yang perjuangkan islam,kebenaran dgn menggunakan hujah2 yang rapuh dan dihiasi seolah2 benar oleh syaitan,kerana sombong untuk berguru..

jadi,akhir kata saya,gunakanlah sisa2 hidup kita untuk islam..mmg susah,sudah menjadi sunatullah,jalan yang susah itulah jalan yang benar,ia terbukti dalam kisah2 anbia terdahulu..fikir kembali apa tujuan kita hidup di dunia ini..

buangkan sikap sombong kita,perbanyakkanlah sikap lapang dada..

sekian,itu sahaja,segala kata2 diatas ditujukan pada saya terdahulu,dan semoga menjadi pengajaran utk kita semua..

maaf atas tersalah kata2,wallahualam... =)

0 comments:

Catat Ulasan