Aku ingin menjadi seperti Umar..

0

Category :





aku ingin menjadi seperti umar...
bgkit dari kegelapan kejahilan ,
menyuluhi alam dgn membawa sinar islam..
yang dahulunya merupakan musuh,
dan akhirnya menjadi pembela islam..

aku ingin menjadi seperti umar..
hati yang keras seperti batu,
dapat dilembutkan seperti air
dgn ayat2 yang merdu(quran)

aku ingin jadi seperti umar,
memiskin kan diri,
tidur hanya di dedaun pohon tamar..
dengan berselimutkan dengan keimanan..

aku ingin menjadi seperti umar..
memnghina diri atas dosa menggunung tinggi,
menginsafi,dengan mengalirkan air mata,
untuk membasuh hati..

aku ingin menjadi seperti umar,
hati berasa gerun,takut,dan berharap padaNya,
setiap kali memikirkan dosa lalu,
walaupun syaitan sendiri,tidak mampu mendekatinya


aku mengharapkan,Tuhan membimbing ku seperti mu duhai umar..
aku mahu melepaskan diri dari lembah maksiat,
dan bangkit sebagai tentera Allah seperti mu
duhai umar..

aku ingin melaksanakan kehendakNya,
dengan menjadikan Sahabatmu,guru mu,
dan Nabi yang diutuskan kepada mu,
sebagai ikutan ku..

ku ingin menjadi berani seperti mu,
tegas sehingga dapat menghalau syaitan dari mendampingi ku..

ku ingin menjadi penakut seperti mu,menangis setiap kali mengenang dosa ku,
dan mendengar azab Tuhan ku,Tuhan mu jua..

aku dan kau,adalah sama wahai umar..dilahirkan dari seorang ayah,seorang ibu..
diutuskan Nabi yang sama sebagai penyelamat..
diberikan kitab yang sama sebagai panduan..
dan mempunyai Tuhan yang sama,untuk penyerahan secara menyeluruh..

tapi..
aku dan kau sangat berbeza wahai umar..
tahap keimanan ku berbeza dgn mu..
tahap amalan ku,sangat berbeza dgn mu..
sumbangan ku terhadap islam,sgt sedikit berbanding wahai umar..
ilmu ku,sangat fakir berbanding mu wahai umar..
tahap ikutan ku terhadap rasul,sangat kurang berbanding mu..
dan..
tahap penyerahan diri ku,pada Rabb ku,tidak menyeluruh seperti mu..

Aku ingin jadi seperti mu,duhai amirul mu'minin..
kerana aku tidak mampu menjadi seperti kekasih..
dengan itu,aku ingin menjadi spt mu,dan para sahabat,yang sgt dekat dgn kekasih..
meletakkan kekasih di tempat yang tinggi..
dan sentiasa mengahrapkan syafaat kekasih dan pengampunan Tuhan..

bantu lah aku ya Tuhan,melepaskan diri ku dari ikatan syaitan..
aku lemah,tanpa Mu,aku mengharap kepadamu..





0 comments:

Catat Ulasan