Perihal Jin

0

Category :


Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,baru je abeh bace surah al-jin..

sedikit latar belakang surah ni :

1)surah ke 72
2)28 ayat
3)juz 29
4)diturunkan sewaktu baginda SAW berada dimekah (sblm Hijrah)
5)surah ni juga diturunkan sewaktu peristiwa nabi Muhammad SAW berdakwah di taif (xsure satu surah or certain ayat).waktu tu Nabi dihalau dgn teruk oleh pnduduk taif,sewaktu nabi sedang berqiam,Allah telah menghantar sekumpulan jin untuk mendengar bacaan Nabi SAW..Jin ini datang tanpa Nabi sedari dan telah beriman sebaik sahaja mereka mendengar bacaan Nabi (surah al-Jin da Surah al-Ahqaf).setelah mereka mendengar,mereka pulang dan sebarkan ajaran islam..


Tapi tujuan asal post ni nak memberi pendapat tentang "sebaik2 jin,seburuk2 manusia"
dahulunya aku mmg pegang pada kata2 ni..aku xsure ni hadith ke,kata2 ulama or org lain pnye kata2..so kalau sesiapa yang tahu mana asalnya konsep ni,sila2 lah bagitahu ye..jzzk..

berdasarkan surah al-jin ni,susah aku nak terima konsep tu..sebab kalau seburuk2 manusia tu firaun,xkan tu sebaik2 jin??

padahal dalam surah ni ayat 11 :

"dan sesungguhnya di antara kami (jin),ada yang saleh dan ada (pula) kebalikannya.Kami menempuh jalan yang berbeda2"





ayat 13 pulak :

"dan sesungguhnya,kami (jin) telah mendengar petunjuk (alQuran),kami beriman padanya.maka barang siapa yang beriman kepada Tuhan,maka tidak perlu ia takut rugi atau berdosa"

ayat 14 pulak :

dan di antara kami,ada yang islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran.Siapa yang islam,maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus.

ayat 15 pulak :

dan ada pun yang menyimpang dari kebenaran,maka mereka menjadi bahan bakar bagi neraka Jahanam

dalam ayat ni,kalau sebaik2 jin tu yang saleh,xkan same dengan firaun kot??hrm,mmg susah nak terima..hrm,sedangkan Allah dah ciptakan syurga yang khas untuk goolongan jin,ada sebut dalam alquran tapi surah apa dah lupe (sesape ingat tolong bagitau ek,jzzk)..jadi xkan jin yang perangai mcm firaun manusia tu dpt masuk syurga..hrm,musykil2..

setakat tu jela,yang aku nak kongsi,so kalau la konsep "sebaik2 jin tu seburuk2 manusia" betul2 dari hadith Nabi SAW,or kata2 ulama or kisah disebaik konsep ni tolong gtau ek..jzzk~!

*gambar2 adalah hiasan semata nak bagi blog lebih menarik

sebuah lagi pesanan untuk diriku yang hina..

wassalam..

0 comments:

Catat Ulasan