Laluan pejuang islam,tidak pernah sunyi..

1

Category :

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,exam kami sudah selesai untuk module respiratory..sekarang terakhir untuk tahun2 ini,module epidemiology and biostatistic..

hrm,semalam saya ada smart circle,SC (pengetahuan utk sahabat di luar mesir,sc ini istilah lain utk usrah dibawah persatuan PERUBATAN)..

pengisian kami kali ini ialah menyaksikan sebuah filem indonesia,sang pencerah..video selama 2jam lebih ini sangat memberi impak pada kami..

saya cadangkan daripada kita tengok cerita transformers,lebih baik kita guna kan masa kita dengan tengok cerita sang pencerah ini..

**awas spoiler,saya ceritakan dari mula sampai akhir,secara ringkas..untuk melihat video2 yang diselitkan,diminta menutup playlist dibawah.**


cerita sang pencerah ini berdasarkan kisah benar di indonesia sekitar akhir abad ke 19 hingga awal abad ke 20..mengisahkan seorang remaja bernama ahmad darwish,dilahirkan di kampung yang kehilangan cahaya kebenaran islam kerana hanyut dengan amalan tahyul nenek moyang mereka..

ahmad darwish ketika usia sedang remaja,sedar atas kekurangan islam yang ada di masyarakat sekitarnya..seperti remaja biasa,beliau ada sikap ingin bersuka ria bersama rakan2,dan jatuh cinta pada seorang gadis di kampung beliau..tapi darwish mempunyai azam yang kuat untuk mempelajari islam,atas dorongan daripada guru bahasa arabnya,beliau tekad utk menunaikan haji..

pada zaman itu pergi haji menaiki kapal,jadi kebanyakkan orang yang pergi haji akan menetap bertahun2 di tanah suci mekah kerana mempelajari ilmu agama di sana..darwish seketika di mekah,beliau menggunakan sepenuh masa dan tenaga beliau untuk mendalami ilmu agama di bersama masyaikh arab di tanah suci..disana darwish menukar namanya dari ahmad darwish kepada ahmad dahlan

beliau pulang ke kepulauan jawa 5 tahun kemudiannya,dan menjadi org yang ternama di kampungnya..dan setibanya di kampung,dahlan kahwin dgn gadis idamannya yang setia menanti kepulangannya..

masyarakat ketika itu sangat mengagungkan imam besar merka dan juga sultan..apabila imam besar mereka memasuki masjid,mereka akan tunduk seperti mengadap raja,tidak mengangkat muka mereka menghadap imam mereka..

darwish pada khutbah pertamanya,beliau telah menyedarkan masyarakatnya tentang betapa jauhnya mereka dari islam sebenar,terlalu mengagungkan adat nenek moyang sehingga menyukarkan agama,dan macam2 lagi..kata2 beliau mendatangkan rasa tidak puas hati pada imam2 mereka..


beberapa kumpulan pemuda berjumpa dgnnya utk belajar ilmu agama..tidak lama kemudian dia mengasaskan pasentran (sekolah pondok) bernama langgar..



dahlan membetulkan arah kiblat masjid2 kampungya yang salah..tetapi teguran beliau ditentang oleh imam2 besar mereka yang sombong atas teguran pemuda itu..dgn alasan mereka "yang penting hati yakin dgn arah kiblat yang kita hadap"


ajaran dahlan ditentang oleh masyarakat setempat,sekolah2nya di robohkan..dituduh memecah belahkan masyarakat..sekolahnya di robohkan oleh penduduk setempat..

dahlan hampir berputus asa dan ingin lari dari masyarakat islam jahiliyyah itu..tetapi di halang oleh keluarganya..

darwish menyusun semula langkah2nya,beliau pergi haji untuk kali kedua untuk mempertajam ilmu agamanya,dan pulang setelah 5tahun..

usaha dahlan adalah ingin menyebarkan dakwah islam dalam bentuk dakwah melalui pendidikan dan kebajikan..beliau membina semula pasentran langgar..anak2 murid beliau semakin ramai dan ada dikalngan mereka yang sudah menunaikan haji..

dahlan memikirkan,melalui pasentren langgar tidak cukup kuat untuk mengislahkan masyarakat..kerana mereka hanyalah terdiri daripada golongan2 kelas bawahan..baginya,usaha pengislahan perlu juga dilakukan dalam golongan2 elite..

beliau tekad untuk mengajar disekolah belanda..ketika itu,sesiapa yang bekerjasama dgn belanda dituduh kafir..apatah lagi memakai baju belanda..

jadi sepanjang beliau ke mengajar di sekolah belanda,beliau di lontarkan kata2 yang tajam umpama lembing menikam hatinya..kata kafir,munafik menjadi satu kewajipan untuk dilontarkan kepadanya dan anak muridnya setiap kali dahlan melalui jalan kampung untuk ke sekolah belanda..

di sekolah belanda,anak2 kecik yang jahil tentang islam,kalimah wa'alaikumusalam pun tidak tahu pada asalnya,dengan hasil tarbiah dahlan,mereka jatuh hati dengan islam...

anak2 murid golongan elite itu sudah mula tertarik dgn ajaran2 dahlan..

tetapi,masyarakat kampungnya masih tidak henti melontarkan kata2 kafir dan munafik padanya..

sehingga satu masa beliau hampir menitiskan air mata kerana caci maki yang diberikan..sesungguhnya,disebalik kejayaan lelaki ada seorang wanita dibelakangnya..isteri dahlan memberi kata2 semangat pada suami tercinta..

walaupun semua buang suaminya,kafirkan dan hina suaminya,tetapi isterinya tetap yakin dan percaya akan usaha dahlan..isterinya memegang tangan suaminyalalu berkata
"barangsiapa yang menolong agama allah, allah akan menolongnya,dan meneguhkan kedudukannnya"



masyaallah,seorang isteri yang solehah,sentiasa di rumah mendidik anak2 mereka ketika dahlan pergi keluar berjuang,mampu menaikkan semangat suaminya ketika hampir jatuh..

dahlan bangkit semula,dengan sokongan anak muridnya dari pasentren langgar dan sekolah belanda,beliau teruskan usaha untuk mentarbiah masyarakat..

beliau menubuhkan lagi satu sekolah,dengan menggunakan rumahnya..tapi sekolah ini khas untuk anak2 pengemis di jalanan..


jadi beliau mentarbiah dari 3 arah...golongan miskin,sederhana dan elite..makin lama beliau diterima masyarakat sedikit demi sedikit..

beliau menuhbukan satu kumpulan kebajikan dan pendidikan,dan dinamakan muhammadiah,bermaksud pengikut2 nabi muhammad SAW..

sudah menjadi sunnatullah,perjuangan islam tidak akan sunyi dari tohmahan dan cabaran.. ditudh membuat agama baru,dituduh merebut jawatan residen dari belanda..

allah akan bersama dengan hambanya yang ikhlas menolong agamaNya..dahlan tidak meminta duit dalam setiap usahanya..malahan sentiasa menginfakkan hartanya untuk dakwah..


berkat kesabarannya dan sokongan daripada pelajar2 nya makin ramai,akhirnya muhammadiyah diterima oleh masyarkat,dan perjuangan muhammadiah diteruskan sehingga kini di indonesia..


setelah lebih kurang 100 tahun dari penubuhan muhammadiah,kini mereka mempunya 29juta ahli diserata indonesia,dan berpuluh2 universiti...dan antara tokoh mereka yang hebat,prof. dr Hamka,mutiara nusantara...

perjuangan yang bermula dari seorang remaja,yang ingin kenal agamanya,belajar dan sebarkan walaupun terpaksa menelan pahitnya hempedu..ditentang,di ancam oleh ramai orang..tetapi masih teguh berdiri,di sokong seorang isteri yang memahami perjuangan islam,anak2 murid yang setia dan mendokong guru mereka..akhirnya,dahlan dan pengikutnya dapat merasakan hempedu di awal perjuangannya,seolah2 menjadi manis,semanis madu yang sangat bernilai harganya..


untuk maklumat muhammadiah boleh layari



semoga cerita2 perjuangan ulama seperti ini dapat kita jadikan teladan,dan semangat kita sebagai anak muda utk terus perjuangkan islam..

sekian,wallahualam

1 comments:

normaidayu zainal berkata...

nak jadi sperti ini..(=
biiznillah~

Catat Ulasan