Resipi Keluarga Bahagia..

0

Category :

Assalamualaikum wbt..

tgh2 search2 video kat ntenet terjumpa satu video yang sangat menarik..

harap2 sahabat sekalian dapat ambil iktibar dari video ni..



ia hanya ambil masa 40min dari masa sahabat sekalian tapi memberi manfaat

tak terkira nilai nya..

ada masa tgk2 la video ni..

wallauhualam..

Fade away..

0

Category :

Assalamualaikum wbt..

hampir..ia makin hampir...

tatkala aku hampir mencapainya,langkah kaki ini tiba2 terhenti..
hati ku bercelaru...
apakah aku akan sia2kan usaha ku selama ini..
haruskah aku membazirkan peluang yang mungkin hanya sekali..

oh hati,
mengapakah ketika aku ingin mencapainya baru kau berasa goyah?
sebelum ini engkaulah yang sentiasa bermegah2 dengan apa yang kau idamkan..
meskipun ia masih belum menjadi kenyataaan..

kini aku begitu hampir,
tapi mengapa kau berpaling duhai hati?
adakah selama ini kau anggap ini semua permainan?
sehingga kau mengecewekan mereka yang begitu berharap pada kau?

aku tidak suka dengan tindakan kau,
akan tetapi kau adalah raja dalam diri aku,
aku lemah,
tidak mampu untuk melawan kau..

kepercayaan yang diletakkan dalam diri ku kini sudah tiada..
mereka memandangku dengan penuh kebencian..

mungkinkah ini petunjuk dari Mu?
kerana Kau yang tahu apa yang terbaik bagi diriku..

duhai Tuhan yang memilik hati ini,
Engkau tetapkanlah ku dengan pendirian ku,
selari dengan apa yang terbaik untuk ku..

salutkanlah hati ku ini dengan selimut keimanan kepada mu,
bukanlah dengan hawa nafsu yang memusnahkan diriku..

pesanan untuk diriku yang hina..



Uhibbu Usrati,abadan abada...

0

Category :

Asslamualaikum wbt...

Alhamdulillah...kejap je dah masuk 12ramadhan...dah ke fasa ke 2 dalam bulan ni..

lagu raya pon makin kerap di mainkan..byase la,orang kite ni kalau bab raya mmg bersemangat,
ye la,sale sana,sale sini...semakin kerap orang kuar shopping..

Best sangat,tadi dapat berbuka dengan satu family.memang jarang kami dapat kumpul sekali..
dengan kehadiran 2 budak cinonet,mu'adz dgn mujahid,rumah yang biasanya sunyi ni tetibe meriah pulak..

Mujahid Nasri

Muhammad Mu'adz

Mak masak nasi tomato tadi,pebret ktorang..juadah berbuka tadi macam,xtermakan semuanya..seronok sangat,tgk abg2,akak2,adik,mak sumenye happy..

tapi,sedih jugak bile memikirkan ayah tak dapat nak berseronok dengan kami..dad,i wish u with us..sedih bile memikirkan ayah tak dapat bersama kitorang,tgk cucu2 dia membesar..walaupun kami seronok tadi,tapi tak lengkap rasanya tanpa ayah...


teringat dulu,ayah teringin nak duduk sekali dgn anak2 dy,cucu2 dy dalam satu rumah,dy nak main2 dgn cucu2 dy kat halaman..kalau dulu,dy suka sgt tgk abg sharul ngan abg sharil balik umah hujung minggu bwk anak masing2..tapi sekarang,impian ayah tu seolah2 susah utk jadi kenyataan..tak apa lah,semuanya ada hikmah,Dia Maha merancang segalanya...

dgn ayah n muadz,,^^

penat tadi layan karenah budak2 kecik ni,mujahid dgn muadz sgt menceriakan hati saya...Ya Allah,bile la aku nak dpt anak ni..hahaha..

tengok dorang lari sana,lari sini...comel sangat..

dan paling best tadi,kami 3 beradik,me with my 2 bros,shahril n shahrul performed magrib,isya and also taraweh together with abg sharil as imam...mungkin korang xpercaya,tapi saya rasa inilah kali pertama kami solat berjemaah 3 orang sama2..



ni masa tahun 1993 rasanya,mimi baru lahir..

ni lak tahun 1996 kalau xsilap...aku sangat selebet..haha


ni waktu 2001 kalau xsilap..


Dan ini yang terkini,2009,sewaktu ingin bertolak ke mesir..


bila tengok kejayaan abg2 saya,memang sangat memberi motivasi pada diri ini..

kalau nak diingatkan balik,saya membesar bsama2 dorang,dari kecik,memang saya perhatikan apa yang abg2 saya lakukan,dan bnyak minat2 saya akibat terpengaruh dengan dorang..macam minat maen bola,minat arsenal,dengar lagu oasis n mcm2 lagi r..

sejak kecik,dorang sangat kawal saya..ingat dulu salau skip skola agama,dorang mengamuk kejar saya keliling umah..adoi,lawak kalau nak igtkan balek,smpai sy menyorok dalam tndas n kunci pintu sbb takut dengan dorang..

saya memang takut dengan abg2 saya..dorang slalu pntau saya,cek hwork skola,tgk saya kawan dengan siapa..

waktu sy form 1 sy dapat kad raya dari sorang pmpuan ni,abg sharul minx sy bukak n baca depan dy..lpastu kadang2 ada kwn naek moto dtg umah saya malam2,abg2 saya halau dorang sebab xnak kasi saya melepak...

dahulunya saya memang sangat xsuka,sgt dikongkong,tapi alhamdulillah,berkat prihatin dorang terhadap saya,saya sekarang jadi seorang yang alhamdulillah terselamat dari gejala masalah remaja sekarang..



abg2 saya walaupun rekod akademik waktu sekolah tak beberapa elok,tapi sekarang mereka sudah berjaya dengan cara mereka tersendiri..abg sharil kini alhamdulillah sudah berjaya mendapat lesen engineer dan akan berkhidmat di firefly setelah bertahun2 berkhidmat di MAS..abg sharul hampir menghabiskan PhDnya insyaAllah pada tahun hadapan..

Kak mila pon sekarang hampir tamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan,insyaAllah akan graduate lpas raya ni...Mimi pulak akan habis skolah hujung tahun ni,harap2 dy dapat score spm tahun ni,mudah2han...

abg shahril dengan kak maryam insyaAllah akan mendapat cahaya mata kedua bulan 10 ni,kemungkinan lelaki,xsaba rasanya...

family ni makin lama,makin mengembang..pejam celik,tgk2 mila pulak lepas ni dapat anak..kejap je masa berlalu...

walau apa pun,kejayaan kami,bermula dengn kesusahan yang dirasai mak ngan ayah...saya berharap mak lepas ni kembali ceria seperti dulu,dapat melupakan segala kesedihan yang dilalui..ayah pulak saya harap kesihatan bertambah baik,terhindar dari segala penyakit2,semoga kami dapat hidup kembali dalam sebuah keluarga yang bahagia..insyaAllah..

Dr.Hati Ku...

0

Category :

Assalamualaikum wbt...

Fuh~~~~~lama betul tak update blog..dah berhabuk dashboard ni..huhu..

untuk pengetahuan,sekarang ni saya bercuti di tanah air tercinta,malaysia insyaAllah smpai lepas raya nanti..

erm,sebelum saya mulakan penulisan,syukur pada Allah swt yang telah memberi saya keputusan yang memuaskan,semoga dengan keputusan ini tak timbul perasaan riak dan takbur dlm hati saya ni dan dpt membawa saya ke peringkat yang lebih tingkit dalam bidang perubatan..

Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa,lecturer2,cikgu2,adik bradik,dan rakan2 yang sentiasa mendoakan kejayaan saya serta rakan2..mungkin ini sume hasil berkat doa kalian..syukran awi..

.....................................................................................................................................................................



Pejam celik..pejam celik..

dah nak 3minggu dah cuti..hati makin lama makin kering..

perkara lagha makin lama dah jadi aktiviti utama..

sajian2 rohani semakin berkurangan...

hidup berjamaah semakin juga sudah berkurangan..

Alhamdulillah,ada juga kawan2 yang ajak join program2 berfaedah..
terselamat jugak dari bende yang dapat mematikan hati..




teringat satu hadith ni,

Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.
Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.
Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota,
ketahuilah itulah hati.”
Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

erm,hati ni kte blh jadi selembut air,atau sekeras batu..memang pelik hati ni,
susah kte nak jaganya,,

kte akan dpat rasa bile hati kte ni semakin keras..contohnya,amal2 kebaikan yang
kita wat selama ni semakin kita tinggalkan,dalam masa yang sama,
perkara2 kemungkaran dah jadi amalan harian kte..

dan hati akan jadi semakin keras jika kte tidak berasa serba salah apabila
melakukan sesuatu dosa,dan lebih teruk lagi,kita berbangga dgn dosa yang kita lakukan..na'uzubillah..

hati ni ada beberapa peringkan..hati yang lembut,hati yang keras,
dan hati yang terkunci...
apabila hati kita terkunci,terhalanglah kte daripada mndapat hidayah Allah..
semoga kita dijauhkan..



sentiasa basahkan hati kita dgn zikrullah dan ayat suci alQuran,,kadang2 ble kita lakukan sesuatu dosa,kita rasa tidak selesa,macam ini bukan diri kita sendiri..

tu maknanya,ada sebahagian dari diri kita ingin kearah kebaikan dan
cuba lawan kejahatan yangada dalam diri ni kerana manusia itu secara fitrahnya suka akan kebaikan..

sberpeganglah pada alQuran,kerana ia ada syifa',pakar dalam bidang hati ni..
cari la ubat2 di mana farmasi satu dunia,hanya alQuran sajalah yang dapat meleburkan segala virus2 dan bacteria yang cuba merosakkan hati..


jagalah hati anda,kerana jika ia rosak,maka rosak lah diri anda..

sekian sajalah penulisan untuk kali ini,semoga bertemu di post2 akan datang..insyaAllah..

Wallahualam..

sebuah lagi pesanan untuk diriku yang hina..