hampir..ia makin hampir...
tatkala aku hampir mencapainya,langkah kaki ini tiba2 terhenti..
hati ku bercelaru...
apakah aku akan sia2kan usaha ku selama ini..
haruskah aku membazirkan peluang yang mungkin hanya sekali..
oh hati,
mengapakah ketika aku ingin mencapainya baru kau berasa goyah?
sebelum ini engkaulah yang sentiasa bermegah2 dengan apa yang kau idamkan..
meskipun ia masih belum menjadi kenyataaan..
kini aku begitu hampir,
tapi mengapa kau berpaling duhai hati?
adakah selama ini kau anggap ini semua permainan?
sehingga kau mengecewekan mereka yang begitu berharap pada kau?
aku tidak suka dengan tindakan kau,
akan tetapi kau adalah raja dalam diri aku,
aku lemah,
tidak mampu untuk melawan kau..
kepercayaan yang diletakkan dalam diri ku kini sudah tiada..
mereka memandangku dengan penuh kebencian..
mungkinkah ini petunjuk dari Mu?
kerana Kau yang tahu apa yang terbaik bagi diriku..
duhai Tuhan yang memilik hati ini,
Engkau tetapkanlah ku dengan pendirian ku,
selari dengan apa yang terbaik untuk ku..
salutkanlah hati ku ini dengan selimut keimanan kepada mu,
bukanlah dengan hawa nafsu yang memusnahkan diriku..
pesanan untuk diriku yang hina..
0 comments:
Catat Ulasan