Dr.Hati Ku...

0

Category :

Assalamualaikum wbt...

Fuh~~~~~lama betul tak update blog..dah berhabuk dashboard ni..huhu..

untuk pengetahuan,sekarang ni saya bercuti di tanah air tercinta,malaysia insyaAllah smpai lepas raya nanti..

erm,sebelum saya mulakan penulisan,syukur pada Allah swt yang telah memberi saya keputusan yang memuaskan,semoga dengan keputusan ini tak timbul perasaan riak dan takbur dlm hati saya ni dan dpt membawa saya ke peringkat yang lebih tingkit dalam bidang perubatan..

Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa,lecturer2,cikgu2,adik bradik,dan rakan2 yang sentiasa mendoakan kejayaan saya serta rakan2..mungkin ini sume hasil berkat doa kalian..syukran awi..

.....................................................................................................................................................................



Pejam celik..pejam celik..

dah nak 3minggu dah cuti..hati makin lama makin kering..

perkara lagha makin lama dah jadi aktiviti utama..

sajian2 rohani semakin berkurangan...

hidup berjamaah semakin juga sudah berkurangan..

Alhamdulillah,ada juga kawan2 yang ajak join program2 berfaedah..
terselamat jugak dari bende yang dapat mematikan hati..




teringat satu hadith ni,

Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.
Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.
Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota,
ketahuilah itulah hati.”
Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

erm,hati ni kte blh jadi selembut air,atau sekeras batu..memang pelik hati ni,
susah kte nak jaganya,,

kte akan dpat rasa bile hati kte ni semakin keras..contohnya,amal2 kebaikan yang
kita wat selama ni semakin kita tinggalkan,dalam masa yang sama,
perkara2 kemungkaran dah jadi amalan harian kte..

dan hati akan jadi semakin keras jika kte tidak berasa serba salah apabila
melakukan sesuatu dosa,dan lebih teruk lagi,kita berbangga dgn dosa yang kita lakukan..na'uzubillah..

hati ni ada beberapa peringkan..hati yang lembut,hati yang keras,
dan hati yang terkunci...
apabila hati kita terkunci,terhalanglah kte daripada mndapat hidayah Allah..
semoga kita dijauhkan..



sentiasa basahkan hati kita dgn zikrullah dan ayat suci alQuran,,kadang2 ble kita lakukan sesuatu dosa,kita rasa tidak selesa,macam ini bukan diri kita sendiri..

tu maknanya,ada sebahagian dari diri kita ingin kearah kebaikan dan
cuba lawan kejahatan yangada dalam diri ni kerana manusia itu secara fitrahnya suka akan kebaikan..

sberpeganglah pada alQuran,kerana ia ada syifa',pakar dalam bidang hati ni..
cari la ubat2 di mana farmasi satu dunia,hanya alQuran sajalah yang dapat meleburkan segala virus2 dan bacteria yang cuba merosakkan hati..


jagalah hati anda,kerana jika ia rosak,maka rosak lah diri anda..

sekian sajalah penulisan untuk kali ini,semoga bertemu di post2 akan datang..insyaAllah..

Wallahualam..

sebuah lagi pesanan untuk diriku yang hina..

0 comments:

Catat Ulasan