Perihal Imam Hassan al-Banna I : Biografi Si Mujahid Agung

0

Category :


Biografi Imam al-Syahid Hasan al-Banna

Al-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. dilahirkan di bandar Mahmudiah (Berdekatan Iskandariah) pada tahun 1906. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Dar al-Ulum, Kaherah dan kemudian bertugas sebagai pengajar yang sering berpindah dari satu bandar ke satu bandar. Beliau mengajak umatnya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w.. Melalui usahanya ini beribu-ribu mahasiswa, buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat hidayah.

Setelah itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sini beliau menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa orang anggota ikhwan lain.

Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan sesi ceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakan lawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesannya di setiap daerah akhirnya wujud sebuah pusat dakwah. Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golongan lelaki sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan Maahad Ummahat al-Muslimin bertujuan memberikan didikan Islam untuk anak-anak perempuan.

Tidak beberapa lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Dengan perpindahan ini bermakna ibupejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah ke Kaherah. Di sini dakwah beliau semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembang dan jumlah mereka kini mencecah setengah juta orang.

Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan pengaruh al-Syahid. Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan politik. Namun segala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau. Beliau bangkit memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam mencakupi akidah, ibadah, tanahair, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya dan undang-undang.

Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula dilancarkan di Kaherah. Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain ceramah yang diadakan.

Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan pasukan sukarelawan yang paling aktif. Mereka berjaya mara hingga hampir memasuki Tel Aviv. Malangnya pihak pemerintah ketika itu Raja Farouq telah mengkhianati perjuangan ini apabila beliau menandatangani perjanjian damai dan bertindak menahan pemimpin-pemimpin Ikhwan. Tindakan jahat pihak penjajah tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka mula merancang untuk membunuh al-Banna.

Ketika al-Banna berada di hadapan ibupejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah mereka melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri.

Malangnya tidak siapa yang merawat al-Banna. Beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan keadaan darah yang masih mengalir. Mereka hanya menonton tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-mara terdekat juga dilarang melawat. Akhirnya selepas dua jam, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1949.

Al-Syahid yang dikasihi Allah telah mengabadikan beberapa tulisan yang amat berharga, antaranya Muzakirat al-Dakwah wa al-Da‘iyah dan beberapa risalah. Kami gabungkan kesemua risalah tersebut di dalam buku ini.

Hidup Mulia Atau Syahid Mendapatkan Syurga

0

Category :

Bangkit dan Maralah wahai shabab..


Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagia janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita


Kita bersatu,untuk yang Satu

Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do?a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita


Ganjil..Pelik..Aneh..

0

Category :

Assalamualaikum wbt..

seminggu sudah setelah post yang terakhir..maaf sangat sibuk dgn exam..alhamdulillah dah selamat pun jawab,doa2kan supaya dapat keputusan yang dapat mendekatkan aku denganNya..

dalam seminggu ni macam2 dah jadi..antaranya :

1)letih menguruskan tiket (ulang-alik dari bank untuk keluarkan duit)
2)dapat ahli bait baru (akan diceritakan dlm post akan datang)
3)tu je kot (cakap je macam banyak,saje wat gempak)

tadi,sesudahnya tamat exam,rasa lega sgt..lepas tu balik rumah layan cerita korea yang satu2nya aku minat sejak dulu lagi..tajuk nye the successfull story of a bright girl..cerita ni aku tgk sewaktu di zaman sekolah dlu (sekitar form1 or 2)..bila tengok cerita ni je teringt suasana di rumah lama (saujana impian,kajang)..

dulu,cerita ni ade tunjuk kat tv3,bila waktu berbuka puasa,aku dgn adik beradik aku yang lain sama2 tengok cerita ni..huhu,sangat rindu waktu tu,kami sekeluarga sangat bahagia.

berbalik kepada cerita asal,so petang tu aku pun tengok cerita ni dengan membe2 aku..
kemudian aku online (setelah lama xonline)..

kawan2 ku yang lain semuanya keluar enjoy..ada pergi tgk wayang,maen boling,shoping n mcm2 lg la..aku je duduk sorang2 kat rumah..

lepas tu ada la kawan2 aku yang tanye,"weh,ko ni xbosan ke?jom r g kuar tgk wayang"
ade jugak yang ajak g lepak2 kat green plaza,city centre...mcm byase la jwpan aku "sori r bro,malas r"

diorang sume pelik,nape la aku slalu je tolak..

mungkin aku pelik,aneh or ganjil sbb xlepak dengan diorang..
yela,aku xsekaya diorang nak abeh kan berpuluh2 genih hanya dengan tgk wayang..
aku xseberani diorang keluar berseronok dengan perempuan2 yang haram bg aku..
aku xselapang diorang nak menghabiskan masa aku dengan hanya lepak2 tanpa tujuan..

mungkin sebab ni aku jadi pelik n ganjil..

aku teringat kisah sultan muhammad al-fateh,kehebatannya yang dapat menakluk kota constatinople dalam usia remaja..


Kedatangan Baginda sultan telah dirakamkan dalam sebuah hadith Nabi Saw

aku kaitkan dengan situasi aku sekarang sbgai seorang remaja..

macam mana remaja sekarang hati yang sangat terpaut pada hiburan..asal nak lepaskan tekanan,pergi berhibur..kalau nak fikir2kan balik,kte tekanan atas sebab apa??

bukan kita fikir pasal keadaan umat islam sekarang pun..bukan kita fikir mcm mana nak bela nasib saudara2 kita yang ditindas,,bukan kita stress tgk mcm mana si bangsat yahudi dan seangkatan dengan mereka menghina org islam..bukan kita stress tgk nabi kita dihina..

ni kita stress sbb exm,sbb bf/gf wat hal,sbb xde duit n lain2 lagi..lpas tu kita lepas kan stress dgn mencarut,menghina org lain,layan lagu2 yang mengeraskan hati,berfoya2 kat shoping complex,berdating dengan org yang haram bagi kita..


Malaysia boleh!

bukan kita lepas kan stress dengan dengar alquran,bce alquran,bersujud,berzikir..

bila kita fikir2kan balik,ni yang membezakan sultan muhammad al-fateh dgn kita..sultan muhammad al fateh dpt tundukkan orang2 kafir pada usia semuda kita,tetapi,kita sekarang hanya dapat tunduk pada orang kafir..kita menjilat ludah mereka,kita mengagung2kan budaya mereka..sedar lah wahai hati2 yang berikrar denga lafaz syahadah,sahutlah seruan Ilahi,sudah tiba waktu kita kembali pada islam,tinggalkanlah sifat jahiliyah yang ada pada diri..

satu lagi pesanan untuk diri yang hina..

wallahualam..

ketuk pintu hati ku...

0

Category :


Assalamualaikum...

setelah lame,pintu hati ini diketuk..

baru ku sedar tentang kasih sayang Mu duhai Tuhan..

meski pun sering kali ku dustai..

Kau tidak pernah menjauhkan rahmat Mu dari ku..

alhamdulillah,selama hati aku ini telah dapat disentuh..

oleh kata2 sorang da'ie..

"Verily,our home is jannah..now we just a wanderer in this world,in journey to return tu our home"

mungkin bagi sahabat ini satu ayat yang biasa..

aku tidak tahu mengapa,kata2 ini terlalu menyentuh hati aku..

aku melihat,seorang rakan ku,ilyas yang merupakan mualaf

bersungguh2 mempelajari agama..

dia sanggup meninggalka kampung halamannya di amerika,

meninggalkan keluarganya..

menetap di mesir demi mempelajari islam..

aku melihat,betapa hebatnya islam dapat mengubah peribadi sesorang..

sehingga menjadi seorang yang hina berperibadi mulia..

semangat ilyas sangat menakjubkan hati aku..



mengapa aku yang dilahirkan islam,dibesarkan dalam suasana islam..

dalam keluarga islam..

tetapi tidak langsung ingin berbakti kepada islam..

sombong terhadap agama sendiri..

malahan kerana aku puncanya fitnah terhadap islam..

ya Allah,akan ku sahut seruan Mu..

Untuk mendalami kebesaran Mu..

Menyebarkan Kalimah Mu..

kerana,aku mahu kembali ke kampung halamanku..

*sekadar perkongsian untuk dijadikan pengajaran..
pesanan untuk diriku yang hina..

I Have A Dream..

0

Category :

I have a Dream..

Although its takes very long journey..



And sometimes I feel like lost and give up..

I will sit,think and plan how to overcome it..


And i will try,over and over again..to achieve it..


Because this is my key..



To become...a superb muslim doctor..

MInggu yang memenatkan...

0

Category :


Assalamualaikum..

alhamdulillah,smlm selamat sudah akad untuk rumah baru..akhirnya pindah jugak..aku ingatkan proses pindah ni senang je,dpt umah pastu angkat barang bawak masuk umah..rupenye tidak..

nak dekat seribu jgak la duet aku gunekan,pastu dalam masa yang sama 3ribu aku dah gune untuk duet tiket..so nak kire2 balek,hmpir 4 ribu aku dah gune dalam minggu ni..ya Allah,baru aku taw betapa susahnya nak urus2kan hal mcm ni..ni belum lagi aku yang mencari duet,baru aku faham perasaan ayah dan ibuku..

memang penat kemas rumah,sgt2 penat sbb keadaan rumah sangat tunggang langgang..ni pun xmasuk sepenuhnya lagi rumah tu..tp alhamdulillah,di sebalik kepenatan ni,aku bersyukur kerana urusan aku dipermudahkan..

alhamdulillah aku dapat rumah yang agak murah,cantik,luas,lengkap serta tuan rumah yang sgt baik serta alim..

walaupun simsar(agent carik rumah) cekik darah,charge lebih2,saba je la,tp semuanya ni Allah balas dengan memberi sebuah rumah yang sgt2 memuaskan aku..

semoga segala urusan dipermudahkan..




Mengintai Kebenaran..

0

Category :



Assalamualaikumm

dalam hidup ini,ada perkara yang kita boleh terus terang..
ada perkara yang seharusnya kita rahsiakan..

bagi orang sepertiku,yang penakut sepertiku,
aku takut untuk berterus terang..
aku takut mengecewakan seseorang..
aku takut mereka yang percaya padaku,rasa benci padaku..

"dia tu baik gile orgnye,aku senang dgn peribadinya"
"dia sgt2 jaga solatnya,ibadatnya"
"pengetahuan agamanya sgt tggi,aku kagum dgnnya"
"pemikiran dy xseperti org laen,berpandangan jauh"

cube kalau kita berada di sisi "dia" dalam dialog di atas..
di mana semua org pandang tggi padanya..

tapi hakikatnya kita,apabila bersindiri,kita berpaling pada Tuhan..
di depan orang lain,kita berpura2,sebab kita nak jadi yang tebaik untuk mereka..

jadi kita takut nak mendedahkan kita yang sebenar..
malah kita membuat satu watak lain yg ada pada diri kita..
watak diri kita sebenar..
watak diri kita yg palsu..

"sesungguhnya,Allah sangat suka pada mereka yang mencari keredhaan Allah,
dengan mendatangkan kemurkaan manusia..
dan sesungguhnya,Allah benci pada mereka yang mencari keredhaan manusia,
dengan mendatangkan kemurkaan Allah.."

ayat tersebut,aku dapat lihatnya dari perilaku sahabatku..
dia sentiasa beri peringatan pada orang disekelilingnya,
sedangkan ramai yang xselesa dengan dirinya..

aku terfikir diriku..sangat kontra rasanya..
ya Allah,ampunilah aku..

aku melihat pada sahabatku yang lain..
yang perangai dia sentiasa mahu berseronok..
keluar malam..
bergaul bebas dengan perempuan..
merokok..
berkata-kata kesat..

aku kagum dengannya..
walaupun disebalik perkara yang dia lakukan,
tapi dia masih menjadi diri sendiri..
tidak berpura2..
kerana itulah diri dia..
kenapa aku tidak mampu melakukan seperti itu??

Ku memandang ke arah langit..
aku melihat awan berarak perlahan2..
ku melihat burung bebas berterbangan..
siapakah yang aturkan semua ini??

Jalan yang manakah kita mahu pilih?

Terasa diri ini hina sangat..
mengapa aku nak carik keredhaan manusia dan datangkan kemurkaan Allah??
sedangkan manusia tak mampu lakukan apa2 terhadap aku..
sungguh jahilnya..

mungkin sudah masanya untuk aku berubah..
mengumpulkan segala kekuatan untuk bangkit semula..
berjuang dengan cara yang betul..

Kini aku betul2 sedar..
baru aku faham maksudnya ayat Allah(2:216)

aku memohon maaf atas segala perselindungan yang aku lakukan..
aku akan menjadi diriku sendiri..
yang sentiasa menjunjung kalimah tauhid..
menegakkan kebenaran...


Kebenaran sudah hampir,
janganlah persia-siakan penrjuangan sebelum ini..


dan janganlah kita berubah demi seseorang..
kerana apabila kita dikecewekan oleh orang itu,
maka hilanglah persaan kita untuk berubah itu..
kerana hakikatnya,kita hanya berubah untuk menjadi terbaik untuk dia.

Tapi berubahlah kerana Allah..
kerana allah tak akan kecewakan hambaNya..
Maka persaan kita mengharapkan pertolonganNya Bertambah kuat..
kerana hakikatnya,Allah yang memiliki hati kita..

pesanan untuk diriku yang hina..

wallahualam..