Mengintai Kebenaran..

0

Category :



Assalamualaikumm

dalam hidup ini,ada perkara yang kita boleh terus terang..
ada perkara yang seharusnya kita rahsiakan..

bagi orang sepertiku,yang penakut sepertiku,
aku takut untuk berterus terang..
aku takut mengecewakan seseorang..
aku takut mereka yang percaya padaku,rasa benci padaku..

"dia tu baik gile orgnye,aku senang dgn peribadinya"
"dia sgt2 jaga solatnya,ibadatnya"
"pengetahuan agamanya sgt tggi,aku kagum dgnnya"
"pemikiran dy xseperti org laen,berpandangan jauh"

cube kalau kita berada di sisi "dia" dalam dialog di atas..
di mana semua org pandang tggi padanya..

tapi hakikatnya kita,apabila bersindiri,kita berpaling pada Tuhan..
di depan orang lain,kita berpura2,sebab kita nak jadi yang tebaik untuk mereka..

jadi kita takut nak mendedahkan kita yang sebenar..
malah kita membuat satu watak lain yg ada pada diri kita..
watak diri kita sebenar..
watak diri kita yg palsu..

"sesungguhnya,Allah sangat suka pada mereka yang mencari keredhaan Allah,
dengan mendatangkan kemurkaan manusia..
dan sesungguhnya,Allah benci pada mereka yang mencari keredhaan manusia,
dengan mendatangkan kemurkaan Allah.."

ayat tersebut,aku dapat lihatnya dari perilaku sahabatku..
dia sentiasa beri peringatan pada orang disekelilingnya,
sedangkan ramai yang xselesa dengan dirinya..

aku terfikir diriku..sangat kontra rasanya..
ya Allah,ampunilah aku..

aku melihat pada sahabatku yang lain..
yang perangai dia sentiasa mahu berseronok..
keluar malam..
bergaul bebas dengan perempuan..
merokok..
berkata-kata kesat..

aku kagum dengannya..
walaupun disebalik perkara yang dia lakukan,
tapi dia masih menjadi diri sendiri..
tidak berpura2..
kerana itulah diri dia..
kenapa aku tidak mampu melakukan seperti itu??

Ku memandang ke arah langit..
aku melihat awan berarak perlahan2..
ku melihat burung bebas berterbangan..
siapakah yang aturkan semua ini??

Jalan yang manakah kita mahu pilih?

Terasa diri ini hina sangat..
mengapa aku nak carik keredhaan manusia dan datangkan kemurkaan Allah??
sedangkan manusia tak mampu lakukan apa2 terhadap aku..
sungguh jahilnya..

mungkin sudah masanya untuk aku berubah..
mengumpulkan segala kekuatan untuk bangkit semula..
berjuang dengan cara yang betul..

Kini aku betul2 sedar..
baru aku faham maksudnya ayat Allah(2:216)

aku memohon maaf atas segala perselindungan yang aku lakukan..
aku akan menjadi diriku sendiri..
yang sentiasa menjunjung kalimah tauhid..
menegakkan kebenaran...


Kebenaran sudah hampir,
janganlah persia-siakan penrjuangan sebelum ini..


dan janganlah kita berubah demi seseorang..
kerana apabila kita dikecewekan oleh orang itu,
maka hilanglah persaan kita untuk berubah itu..
kerana hakikatnya,kita hanya berubah untuk menjadi terbaik untuk dia.

Tapi berubahlah kerana Allah..
kerana allah tak akan kecewakan hambaNya..
Maka persaan kita mengharapkan pertolonganNya Bertambah kuat..
kerana hakikatnya,Allah yang memiliki hati kita..

pesanan untuk diriku yang hina..

wallahualam..

0 comments:

Catat Ulasan