"Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan,seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagungkan para petani;kemudian (tanaman) itu menjadi ering dan amu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya.Dan kehidupan dunia hanyalah senangan yang palsu."
-al-Hadid:20-
Assalamualaikum wbt..
sedangku duduk2 di petang hari,terdengar bacaan surah al hadid ayat 20 oleh sheikh misyari al-faasi,terdetik hati aku untuk mengetahui maksud ayat tersebut..kerana seakan2 menarik perhatian aku.
aku pon mencapai tafsir ku yang tidak jauh dari ku,lalu aku membuka muka surat muka surat 540..dan aku menghayati terjemahaan ayat tersebut..
dalam ayat tersebut,Allah perintahkan kita untuk kita sedari yang kehidupan ini hanyalah permainan..kita harus berwaspada setiap kelakuan,supaya tidak dipersia2kan..
Sudah menjadi mindset manusia zaman sekarang kebanyakkannya untuk berusaha mengecapi kejayaan dunia,tanpa memikirkan akhirat..
contoh paling dekat yang boleh aku jadikan contoh,kita sbgai pelajar,apabila menjelang musim peperiksaan,kebanyakkan dari kita akan belajar sepenuh jiwa kita untuk mendapat keputusan yang cemerlang..kerana dengan mindset kita,dgn usaha kita kita akan berjaya dan mendapat kehidupan yang senang dimasa hadapan..
ada yang sanggup berjaga hingga lewat malam,tidak tidur,tidak makan semata2 untuk mengulang kaji pelajaran kita..
sedih sekali,ketika itu ibadat kita tonggang langgang..solat tak terjaga,tidak berjemaah malahan solat di akhir waktu..kelas2 agama kita tinggalkan kerana khuatir masa untuk belajar berkurangan..
seolah2 mindset kita anggap,dgn melakukan perkara kerohanian akan menghadkan masa kita belajar..
jika kita fikir2kan kembali,jika menghadapi exam kita sanggup berusaha2 bersungguh2,adakah kita akan melakukan perkara yang sama untuk menghadapi exam sebenar kita di alam barzakh nanti??
adakah kita akan beramal seperti mana kita belajar sewaktu menjelang peperiksaan??sedangkan kita tidak tahu bilakah ajal kita..
berdasarkan situasi diatas,sudah terang kita sering terpedaya dengan permainan dunia..malahan ada yang berpendapat,"dengan aku usaha,aku akan berjaya"..dengan berpegang pada prinsip ini,segala usaha kita tidak diselarikan dengan penyerahan diri kita pada Allah..
siapa yang bagi kita berjaya??study kita kah??memang kita perlu usaha,tapi xbermaksud usaha kita ini,kita harus meninggalkan perkara2 yang barkaitan dengan kerohanian..
kita tidak sedar bahawa "dengan kehendak Allah,kita berjaya"..situasi ini menjadi perkara yang lazim di jiwa mereka yang kurang tahap pegantungan terhadap Allah..
jadi,bersama lah kita kembali ke asas kita,alQuran dan Sunnah untuk menjapai kejayaan dunia dan akhirat..
"Kita dan dunia ibarat bayang2,
semakin kita kejar,semakin menjauhi kita..
semakin kita lari,semakin ia mendekati kita"
pesanan untuk diriku yang hina..
wallahualam..
0 comments:
Catat Ulasan