Razlan Amir..

0

Category :

assalamualaikum..

sewaktu diselubungi kesedihan,aku teringat tentang peristiwa pemergian abg saudara kesayangan ku,allahyarham razlan amir bin mohd nazri yang telah menyahut seruan Ilahi pada tahun 2004..

sehingga kini aku merinduinya (al-fatihah)..kerana peribadinya yang sungguh disukai ramai..teringat aku sewaktu jenazahnya diangkat keluar dari rumah utk menuju ke kawasan perkuburan islam sg.tangkas,kajang..aku melihat boleh dikatakan beratus orang menghadirkan diri sbgai penghormatan terakhir kpd allahyarham..menunjukkan betapa ramainya mereka menyayangi allahyarham..

selepas solat zohor siang tadi,aku bukak google dan aku search razlan amir..aku dpt beberapa link yang ade nama beliau..aku klik kat satu blog ni,yang aku percaya tulisan dari sahabat abg lan..

semoga Allah mencucuri rahmat kepada allahyarham ralan amir bin mohd nazri dan dimasukkan bersama mereka yang saleh..amiinn



selepas aku bace,aku berasa kecewa dan marah..kerana dengan senang hati dia kata "kes razlan bunuh diri"..apakah???

ya betul kes abg lan masih misteri,tapi xsepatutnya dia melabelkan sbgai kes bunuh diri sesuka hati..sbgai contoh,hukum org tuduh orang berina sdangkan org itu tidaak melakukannya,bukankah berdosa??same seperti kita menuduh orang itu bunuh diri tanpa fakta yang sah dan kukuh,kita juga berdosa..

disini bukan nak ungkitkan kisah lama,cuma nak beri pengajaran pada diri sendiri dan sahabt yang membaca,sekiranya kita tidak tahu,jangan sesekali kita melabelkan sesuka hati kita,yang dapat menimbulkan fitnah pada orang lain..lagi2 melibat kan mereka yang sudah tiada..

0 comments:

Catat Ulasan